Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Sejak kebelakangan ini, ramai orang mula memperkatakan tentang perlunya diadakan perdebatan, khususnya untuk pemilihan UMNO akan datang.
Ada yang berpendapat perdebatan antara calon-calon yang bertanding akan mampu merangsang pemikiran mereka dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan memah, terutamanya ketika menyampaikan hujah masing-masing.
Ada juga yang inginkan perdebatan ini diadakan secara tertutup dan ada yang mahu ianya diadakan secara langsung, yakni "live" telecast dan disiarkan di dalam rangkaian televisyen.
Namun yang demikian, persoalan utama yang harus dikupasi ialah apakah seorang itu dianggap bacul jika dia menolak untuk terlibat di dalam sebarang perdebatan yang diadakan atau, bijak kerana tidak mahu dilihat sebagai membuka pekung di dada.
Ini kerana perdebatan akan menjurus kepada beberapa perkara yang mungkin akan menunjukkan kebijaksanaan seseorang atau ketidakbijaksanaan orang itu sendiri.
Sebagai contoh, ada yang merasakan bahawa debat antara ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek itu sebagai satu debat yang dianggap kurang berkesan.
Ini ditambahkan lagi dengan "character assasination" yang dihujahkan oleh Dato' Shabery keatas Anwar (Jose, I'm not an Anwar supporter as I prefer to remain as neutrally as possible!) menjadikan debat tersebut sebagai gelanggang mendedahkan pekung masing-masing.
Penulis bimbang, debat di dalam UMNO kelak akan menjadikan parti itu bertambah lemah dan goyah. Masakan tidak, apabila masing-masing berhujah, sudah pasti secara tidak langsung akan berlaku "character assasination" yang sedemikian.
Biasanya, golongan yang suka berdebat adalah golongan yang hanya bijak bercakap sahaja. Tapi ini tidak menampakkan bahawa penulis berpendapat sedemikian kepada semua orator, cuma penulis berpendapat adalah lebih baik jika perdebatan ini digantikan dengan kerja-kerja yang mencerminkan bagaimana seorang itu layak untuk dipilih menjadi ketua.
Kadangkala, mereka yang suka kepada perdebatan ini terdiri daripada golongan yang N.A.T.O (No Action Talk Only).
Apakah pemimpin UMNO pada masa hadapan kelak, terdiri daripada orang-orang seperti ini?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.

2 comments:
saya amat bersetuju dengan saudara pandai berdebat tidak semestinya membuat kerja atau pandai dalam memimpin...debat terbuka dalam umno akan lebih membawa malapetaka kerana macam2 cerita dan agenda pemuda umno akan keluar dari mulut pendebat...masalah ini pernah timbul dalam persidangan pemuda umno sebelum ini apabila kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin pemuda umno sebelum ini telah mendatangkan rasa tidak senang oleh masyarakat lain yang mana akibatnya mereka telah menolak BN dalam PRU 12 yang lepas..jadi saya nampak cadangan KJ untuk di adakan debat terbuka sebenarnya mempunyai maksud tersendiri....beliau telah sedar sokongan terhadap beliau telah merundum jatuh dengan amat dasyat sekali dan modal yang beliau ada hanyalah bercakap sahaja yang selalu mendatangkan kontroversi...
Saudara anonymous,
saya bersetuju dengan pendapat anda.
Sayangnya, anda tidak memberikan nama. Teringin untuk mengadakan perbincangan bersama..
HESMEL FAZNEE FAISAL
Post a Comment