Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Harimau sudah mengaum,
Bukan tanda lapar,
Harimau sudah mengaum,
Itu tandanya dia menggeletar,
Bukan takutkan keadaan,
Jauh sekali gentarkan kebimbangan,
Harimau sudah mengaum,
Itu tandanya dia terjaga dari lena,
Harimau sudah mengaum,
Ngaumannya agak jelas,
Harimau sudah mengaum,
Sayangnya kota itu tidak terjejas,
Harimau sudah mengaum,
Ngaumannya bergegar bukan sebatu tapi berbelas,
Harimau sudah mengaum,
Gentarkah kita atau takut yang tak beralas?
Tidakkah ingin berfikir buat sejenak,
Ngaumannya itu berisi ataupun tidak,
Kerana semakin lama semakin terasa,
Kita tertawa terasa senak,
Harimau sudah mengaum,
Gentarkah kau atau tertawakah kau?
Harimau sudah mengaum,
Mungkin kerana manja mengaumlah ia,
Harimau sudah mengaum,
Bukan kerana tanyakan waktu..
Harimau sudah mengaum,
Bukan tanda lapar,
Harimau sudah mengaum,
Itu tandanya dia menggeletar,
Bukan takutkan keadaan,
Jauh sekali gentarkan kebimbangan,
Harimau sudah mengaum,
Itu tandanya dia terjaga dari lena,
Harimau sudah mengaum,
Ngaumannya agak jelas,
Harimau sudah mengaum,
Sayangnya kota itu tidak terjejas,
Harimau sudah mengaum,
Ngaumannya bergegar bukan sebatu tapi berbelas,
Harimau sudah mengaum,
Gentarkah kita atau takut yang tak beralas?
Tidakkah ingin berfikir buat sejenak,
Ngaumannya itu berisi ataupun tidak,
Kerana semakin lama semakin terasa,
Kita tertawa terasa senak,
Harimau sudah mengaum,
Gentarkah kau atau tertawakah kau?
Harimau sudah mengaum,
Mungkin kerana manja mengaumlah ia,
Harimau sudah mengaum,
Bukan kerana tanyakan waktu..
Kuala Lumpur
1 Ogos 2008
No comments:
Post a Comment