Thursday, 31 July 2008

SYURGA, NERAKA, JANJI DAN TALI..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Apakah syurga dan neraka? Ramai yang berpendapat, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat maka konsepnya ialah syurga untuk yang baik dan neraka untuk yang jahat.

Seperti juga sekarang, ada yang berpendapat parti itu adalah neraka dan parti ini syurga dan sebaliknya.

Namun, hakikatnya, syurga dan neraka itu adalah satu tetapi disebabkan oleh kesilapan kecil, ia terpisah dan terus kekal sedemikian.

Ada sebuah parti meminta parti itu bersatu bersama di sebuah negeri.

Namun parti ini mengeluarkan beberapa cadangan dan juga syarat, jika ianya hendak bersatu mereka perlu melaksanakan satu hukuman yang merupakan satu elegi (Jose, bukan Elegi Sepi Azharina ok!) kepada parti yang lagi satu.

Persoalannya, mengapakah harus bersyarat?

Jika benar ianya ikhlas demi bangsa, mengapakah perlu bersyarat?

Semua sedia maklum dan mungkin bukannya semua tahu bahawa hukuman itu bukannya wajib. Benar, ia tidak wajib. Biarlah penulis bersikap berterus terang. Hudud tidak wajib. Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,
"
Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim" (2:229
).

Maksud penulis, hukuman potong tangan itu merupakan satu bentuk dan bukan bersifat keadilan. Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,

"Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa" (2:179).

Penulis tidak berminat untuk menghuraikan berkenaan hukuman hudud mengikut fahaman parti tersebut. Cuma, yang ingin dijelaskan di sini ialah keikhlasan untuk berbaik-baik dan bersatu kembali, demi agama dan bangsa (Jose, have you noticed I left out the word negara because I have doubt on the true meaning of negara!).

Parti tersebut sedia maklum bahawa parti ini agak berat untuk melaksanakan hukuman yang dijelaskan di atas kerana pertama ianya agak outdated dan tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan. Kedua, kerana ianya merupakan satu bentuk hukuman bersifat politik dan tidak ada kena mengena langsung dengan sifat ingin mencari keadilan. Ketiga, ianya akan merugikan negara kerana pada zaman sekarang, mencuri merupakan salah satu daripada perkara yang terpaksa dilakukan demi survival kerana kenaikan barang (Jose, I’m not encouraging people to steal but the fact is life is tough nowadays!)

Isu parti itu dan parti ini bersatu telah dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar di sebuah negeri yang telah berjaya ditawan oleh pembangkang. Ianya telah menimbulkan pelbagai cerita dan retorik menarik serta dalam masa yang sama turut menarik perhatian pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada juga telah membuat laporan polis kerana berpendapat ianya bersifat rasuah (menawarkan jawatan Menteri Besar).

Pada pendapat penulis, mengikut pendapat yang tidak cerdiklah, jika kita benar-benar ikhlas, kita harus meletak ketepi ideologi dan juga apa jua ketidakfahaman antara satu sama lain, demi melihat agama Islam terus terpelihara.

Seperkara lagi, Islam yang diperjuangkan bukanlah Islam Hadhari. Tetapi Islam hakiki.

Mari kita jenguk sebentar ke utara. Pulau Pinang, satu lagi negeri yang berjaya dirampas oleh pembangkang dan kini berjaya membentuk kerajaan telah menagih janji. RM4.7 billion adalah satu jumlah yang cukup besar tuntutannya.

Antara projek yang telah dijanji Kerajaan Pusat ialah projek Monorail, projek PORR (Penang Outer Ring Road, which was strongly opposed by the Opposition before they came to power!) dan Empangan Mengkuang.

Penulis selalu dipesan oleh ibu-bapa supaya berpegang pada janji. Lembu dipegang pada talinya. Manusia dipegang pada janjinya. Janganlah kita menjadi lembu kerana lembu tidak tahu berjanji. Ia hanya tahu berpegang pada talinya sahaja. Manakah yang lebih baik, menjadi lembu atau menjadi manusia? Sudah pastinya lembu bukan kerana ia tahu dirinya diikat pada tali. Keliru? Biarlah, kerana bila kita keliru kita akan malas berfikir.

Apa yang penting, bersatu teguh, bercerai roboh.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...