Wednesday, 16 July 2008

LELUCON


Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, kalau ada!)

Kelmarin merupakan hari untuk berhibur. Ya, berhibur (Jose, if you were to look into the context of the Malay society, everyday we entertain ourselves!)

Mungkin ramai yang hairan dan terperanjat. Terperanjat? (You might be thinking, what did I miss yesterday? Well, Jose it depends on what you watch)

Semalam, ada dua lelucon berbincang. Seorang pakar lawak yang sudah berpuluh tahun berpengalaman menjadi stand up comedian. He had been an excellent entertainer for the public and even had formed a fan club!

Seorang pula, adalah bekas ahli jenaka 46 penyamun. Masing-masing dengan lawak masing-masing. Namun, seperti apa yang dijangkakan, lawak-lawak masing-masing cukup hambar! Tidak ada apa yang hendak dibanggakan.

Penulis agak skeptikal tentang perbincangan ini. Ini kerana, tidak nampak dan tidak jelas arah tuju perbincangan ini hendak ditalakan. Agak berbelit. Agak berbentuk peribadi. Masing-masing nampaknya tidak jelas dengan apa yang hendak disampaikan.

Penulis ingin membuat satu pengakuan. Penulis tidak pandai berlawak. Penulis juga tidak pandai dalam soal-soal perbincangan yang menjurus kepada lawak jenaka.

Cuma, apa yang penulis faham (Jose, I’m trying to stress the point), sesuatu perkara yang jelas, nyata dan tepat, akan mampu ditangkap oleh sebarang orang walau bagaimana sukar untuk ia difahami.

In other words, a person must be able to spread out his message or his point of argument in the simplest way, in order for anybody from walks of life to digest it.

Semalam, penulis tidak nampak. Tidak jelas dan tidak faham. Kemana sebenarnya perbincangan ini dijuruskan. Selepas selesainya perbincangan ini, kedua-dua lelucon bersalam-salaman. Habis begitu sahaja.

Tidak nampak apa yang telah berjaya dikecapi. Apa yang penulis nampak, kedua-duanya oportunis. Seorang, ingin membuktikan bahawa dia adalah seorang lelucon yang bersikap telus. Seorang pula lelucon yang berjaya memunculkan diri di dalam layar hidup, setelah hampir sedekad bertapa di Bukit Besi.

Akhirnya, siapa yang rugi? Menang sorak kampung tergadai, anak itik berlari-lari, sudahlah hidup bergolok gadai, yang hidup susah kitalah nanti..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Yeah Shaberry seems to go astray all the time... Anwar also have some astray moment especially went being attack on personel ground..

overall it is a "good" debate...

Anyway, it is just something political... Will the oil price come down ?? I dont think so... Will Anwar become a PM... I also doubt it..

Only if the Government could listen and follow Anwar suggestions....

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...