Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Apa yang dinantikan telah pun berakhir…
Bukan, bukan…Bukan, Jose…
Penulis tak akan umumkan tarikh perkahwinan penulis.
Tetapi peralihan kuasa Gaban dari seorang kepada seorang.
Kita akan nantikan dan kita akan lihat samada ianya benar-benar menjadi realiti atau sekadar bual-bual politik. Ramai yang bersikap pesimis. Ramai juga yang optimis. I’m neither of the groups mentioned previously.
Penulis lebih suka melihat. Melihat dan menantikan samada ianya akan terjadi atau mungkin percaturan politik.
Come to think of it, tak mungkin ianya satu percaturan politik desperado. Betul tak?
Ini kerana ianya melibatkan intergriti (Jose, ayat ni cukup famous sekarang!) seorang ketua.
Jika dia bercakap kosong, sehingga mati pun tiada siapa yang akan menghormatinya.
Come June 2010, Malaysia will see her 6th Prime Minister.
Kita semua menantikan kehadiran orang baru (No! Jose, I prefer to use baru then baharu! It sounds awkward!) yang akan memimpin kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Tidak, bukan Wawasan 2057, kerana ini adalah cakap seorang Pak Lawak!
Menurut Perdana Menteri ini, mereka akan mempertahankan jawatan masing-masing di dalam Pemilihan UMNO yang bakal menjelang. Persoalannya adakah mereka-mereka yang hendak mencabar jawatan ini akan meneruskan niat mereka? Atau adakah mereka akan give a second thought about it?
Khabarnya, semasa pengumuman ini dibuat, tepukan gemuruh dapat didengari oleh para perwakilan yang mengikuti taklimat khas tertutup UMNO. Ada dua persoalan yang timbul. Adakah tepukan gemuruh kerana terharu atau tepukan kerana gembira "azab" yang dilalui selama 5 tahun ini akan berakhir 2 tahun lagi (Jose, we’ve to face it for another 2 year!).
Mengikut cakap-cakap orang politik, a day is like a month if you're in politics.
Let me do some simple mathematics and as usual, ini cakap-cakap orang tak cerdiklah..
Dua tahun, adalah bersamaan dengan 24 bulan dan 730 hari. Kalau benarlah, sehari itu seumpama sebulan di dalam politik, ini bermakna 730 bulan sebelum Perdana Menteri itu berhenti atau bersara, whichever you prefer, Jose! 730 bulan itu bermakna 21,900 hari!
It is like ages before he stepped down and retired permanently! Dalam proses itu, pelbagai perkara yang boleh berlaku. Seperti dalam persembahan Bangsawan, misalannya, kadangkala seorang pelakon utama itu (or you called him Orang Muda, in the Bangsawan terminology) pada saat terakhir, boleh digantikan dengan seorang pelakon yang mungkin terdiri daripada kalangan pelakon tambahan atau mungkin pelakon lelucon (pak lawak daa...)
Jadi, di dalam episod politik Malaysia yang kini nampaknya persis sebuah persembahan Bangsawan, kita mendoakan agar ianya tidak menjadi sebegitu.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri ke-6 ini adalah orang yang dinanti-nantikan atau berlakunya satu kejutan yang amat sangat?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke-Sangkar Waktu – The Salam Connection.
No comments:
Post a Comment