Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Sejak kebelakangan ini, penulis merasakan sedikit hairan. Bingung dengan kehidupan sekarang, terutamanya kehidupan di Malaysia. Terlalu banyak sensitiviti dan sub-standard muncul di dalam masyarakat.
Dalam tidak lebih dari 12 tahun, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Mengikut anggaran Tun Dr Mahathir kita akan menjadi sebuah negara moden, berdasarkan kepada prinsip-prinsip seperti berikut:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat ikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral danberetika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang kedepan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Apakah kita sudah bersedia untuk mencapai kemodenan ini? Adakah kita pasti kita telah pun layak untuk digelar Negara Maju, menjelang tahun 2020? Negeri Selangor ketika era pra Pakatan Rakyat telah menggelarkan ia sebagai Negara Maju, pada tahun 2005. Ini bermakna, Selangor telah 15 tahun lebih cepat dari Malaysia!
Penulis sebenarnya, ingin merenung kembali kepada masyarakat kita dan berfikir sejenak, apakah benar kita bersedia?

Jenguk sebentar.
Ada sebuah konsert yang melibatkan seorang penyanyi seberang, dibatalkan di 2 buah negeri dengan alasan, ianya menimbulkan kontroversi. Penulis tidak ada bantahan perkara ini. Tidak mengapa, kerana bukankah Malaysia merupakan sebuah negara bermoral? Disebabkan moral yang tinggi inilah, banyak kes yang tidak bermoral berlaku di negara, dewasa ini. Ini termasuk moral masyarakat, moral politik dan moral agama. Ironik bukan?
Lihat kepada dasar no (V), mengenai liberal dan bertolak ansur. Tidakkah ia bertentangan dengan apa yang sedang berlaku sekarang? Pendek kata, ianya tidaklah mencerminkan kepada apa yang dikehendaki di dalam dasar Wawasan 2020.
Malah, agak menakutkan apabila dewasa ini, pemikiran dan juga tingkahlaku masyarakat sekarang sudah mencerminkan sikap yang agak gerun dan membimbangkan.
Perlawanan bolasepak di antara pasukan Chelsea melawan pasukan Malaysia telah mendapat tentangan kerana pengurus Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanannya, Tal Ben Haim merupakan warga Israel. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu ini adalah kerana mereka berketurunan Yahudi dan mereka harus dihalang memasuki negara kita atas dasar Malaysia tidak mempunyai sebarang ikatan diplomatik dengan Israel.
Penulis merasa bimbang dengan keadaan Malaysia sekarang. Secara peribadi, ianya boleh mengambarkan arah tuju negara ini dalam masa akan datang. Berfikiran dangkal dan tertutup. Tidakkah mereka yang membantah ini tahu bahawa ada perbezaan di antara agama Yahudi dan fahaman Zionis? Penulis ingin mengesyorkan kepada mereka yang tidak tahu supaya membaca buku The Synagogue Of Satan karya Andrew Carrington Hitchcock.
Disebabkan itulah, sentimen basi seperti ini harus dielakkan.
Penulis bimbang, jikalau unsur-unsur radikal ini akan menyelinap masuk ke dalam negara dan membantutkan perkembagan dan juga persepsi masyarakat dunia tentang Malaysia. Negara kita telah lama dikenali sebagai negara Islam yang paling pesat membangun dan mempunyai fahaman Islam yang cukup progresif.
Sepatutnya masayarakat mempunyai moral dan beretika dan apa yang dikehendaki adalah kita mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu untuk menangkis apa juga bentuk dugaan dan cabaran, seperti yang telah dihuraikan di dalam dasar nombor (iv).
Jika masyakarat berpendapat bahawa menghalang konsert ini dari dipersembahkan akan mampu untuk memperbetulkan masyakarat, secara peribadi penulis merasakan yang ianya adalah satu bentuk farce yang paling tidak logik.
Seperti juga menghalang pasukan bolasepak itu dari bermain di Malaysia dengan alasan 2 orang anggota pasukannya adalah berbangsa Yahudi, penulis mengucapkan tahniah kepada mereka yang membantah kerana ianya jelas mencerminkan kedangkalan dan kurangnya kematangan mereka di dalam soal tersebut.
Sebenarnya ada banyak perkara yang hendak dinyatakan di sini tetapi biarlah penulis cuma huraikan 2 isu yang menjadi topik perbincangan di dalam masyakarat sekarang.
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection
photo taken from - http://www.lahomelessblog.org/archive/2007_11_11_archive.html
No comments:
Post a Comment