Tuesday, 27 June 2006

CEPAT MELATAH ATAU CEPAT MEMBODEK? PERSOALAN YANG MENARIK..

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Kadangkala, kita sering tertanya di manakah letaknya paksi hidup? Atau mungkinkah kita bertanyakan kepada diri kita apakah itu kehidupan? Kehidupan itu perlu ada pengertiannya, begitu juga perlunya kita untuk mengetahui tentang kehidupan ini.

Namun, pokoknya adakah kehidupan itu sering memberikan sesuatu yang menjamin masa depan kita ataupun adakah kehidupan kita ini menjamin kehidupan kita di alam nan lagi satu?

Ini bukanlah sebuah artikel yang ingin mencungkil tentang pengertian kehidupan. Sebagaimananya kita menterjemahkan kehidupan ini ke atas kanvas-kanvas takdir, begitu juga takdir ini perlu juga dipersoalkan. Ini adalah kerana setiap perkara itu, ada ujud dan keujudannya. Biarpun Tuhan telahpun menentukan takdir seseorang itu, tapi ini tidak bermakna kita harus menyerahkan diri kepada takdir semata-mata sahaja.

Loh Mahfuz, itulah yang sering dikaitkan dengan persoalan ini. Namun perlukah kita bertanyakan kepada diri kita tentang jasa kita kepada bumi?

Kita tinggalkan sebentar tentang persoalan itu, dan kita bicarakan tentang seni. Seni adalah salah satu cabang di dalam hidup. Ia memberikan gambaran tentang terjemahan dan perasaan kita mengenai sesuatu perkara. Pelbagai cabang seni yang telah mampu menerjemahkan persoalan dan gambaran tentang kehidupan.

Seni tampak, seni muzik, seni tari, seni gerak, senilakon, seni tulis dan banyak lagi adalah antara cabang-cabang yang menghubungkan kita dengan dunia luar, dunia transcendental dan dunia di bawah sedar. Keasyikan, kesyahduan itu mampu digapai semula melalui medium yang telah disebutkan di atas.

Namun, penulis ingin menarik perhatian pembaca blog BACALAH (itupun jika ada..) tentang medium teater atau senilakon yang menjadi perhatian orang ramai. Tujuan penulis ingin berbincang tentang senilakon atau teater kerana ia adalah a splice of life, menurut Constanstin Stanilavsky, bapa teater realisme. Beliau berpendapat teater itu mampu memberikan terjemahan atau mampu untuk reenact sesuatu situasi ke atas pentas dengan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada pembelajaran dan pelajaran tentang kehidupan.

Teater merupakan medium yang sama “tua” nya dengan seni tampak dan bunyi kerana ia wujud hasil daripada “pengabadian” masyarakat kuno kepada dewa Dionysus era Greek Tua. Ia tercetus akibat daripada lakon-lakon para bomoh yang ingin menyampaikan kesyukuran ke atas Dionysus ini.

Aksi-aksi gerak mereka (atau lakonan) disampaikan di Coliseum ( yang masih lagi wujud sehingga sekarang and please, don’t mix up with THE Coliseum Hotel and Restaurant kat Jalan Tuanku Abd. Rahman tu, Jose!) dan tempat duduk itu dipanggil theatron (di dalam bahasa Greek yang bermaksud tempat duduk). Dari situlah bermulanya terminology (ayat kegemaran penulis!) teater, sehingga sekarang.

Ada sedikit kesamaan dan ada juga kebetulan tentang mengapa penulis bangkitkan isu teater ini, yang banyak menggunakan unsur lakonan di dalam menyampaikan mesej dengan apa yang akan penulis coretkan selepas ini. Seperti biasa, penulis ingin bercerita sedikit (hanya sedikit!) tentang politik dan juga percaturannya di Malaysia kini.

Nampaknya, seperti yang telah kita jangkakan, Perdana Menteri a.k.a Pak Lah a.k.a the typical civil servant mengambil masa yang cukup lama untuk menerangkan kepada Tun Dr. Mahathir tentang persoalan-persoalan yang telah beliau bangkitkan tidak lama dahulu.

Jika tidak salah penulis, isu ini telah berlanjutan selama hampir sebulan (hampir sebulan, Jose!) Isu-isu seperti pembatalan the cynic bridge, pemberian A.P, kontroversi pemecatan (bukan pemberhentian!) Tan Sri Tengku Mahaleel sebagai C.E.O Proton dan projek Putrajaya yang kelihatan lembab dan lemau ini masih lagi tidak diberikan jawapan secepat mungkin oleh Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant!

Beliau kelihatan telalu bergantung kepada orang lain tanpa berani menampilkan diri dan menjawab semua persoalan yang diajukan oleh Tun. Ramai yang mula merasa sangsi dengan kepimpinan Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant.

Jika kita kaji semula tentang kekalahan teruk BN di Sarawak, yang mana kebanyakan kerusi yang mewakili masyarakat Cina di sana, dimenangi oleh parti pembangkang DAP. Inilah salah satu wakeup call yang patut diambil perhatian. Jika sebelum ini, negara kita telah melalui beberapa siri kekacauan yang melibatkan ketidakstabilan politik., kita telah mendapat sokongan sepenuhnya dari pengundi bukan Melayu tetapi nampaknya fenomena politik pasca Mahathir sekarang amatlah membimbangkan.

Yang paling terbaru ialah kecaman Nazri “The Bulldog” Aziz, Menteri Hal Ehwal Parlimen (itu terminologi yang paling betul dan bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri!) terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau dikatakan terlibat di dalam forum yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang merupakan simpatisan kepada parti pembangkang. Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Tun muncul di atas “pentas” pembangkang, malah semasa beliau “out in the wilderness” dahulu, sewaktu dipecat dari UMNO oleh YTM Tunku dulupun, beliau acapkali muncul di atas pentas PAS (dan bukan muncul untuk menyanyi macam penyanyi dari Felda tu o? Jose!) tentang isu-isu yang berlaku ketika itu.

Namun demikian, apa yang diperkatakan semasa forum tersebut tidak lebih tetapi hanyalah luahan hati beliau terhadap apa yang beliau lihat, tentang masa depan politik Malaysia, tentang campurtangan the hands behind the curtain di dalam pemerintahan Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a the typical civil servant! Beliau memberikan gambaran tentang campurtangan budak berhingus di dalam pentadbiran Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a typical civil servant. Namun yang demikian, tidak dinafikan terdapat juga unsur-unsur kekecewaan yang teramat sangat beliau terhadap Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the typical civil servant.

Apa yang menarik di sini ialah, Nazri seolah-olah mempunyai kecaman peribadi terhadap Tun. Beliau mengherdik (secara lembut) dan mengecam Tun seolah-olah Tun adalah seorang pengkhianat parti, seorang oportunis dan seorang yang tidak mempunyai jasa terhadap negara. Adakah Nazri ingin menjadi seorang saviour di dalam kekalutan yang sedang berlaku atau sekadar ingin menunjukkan bahawa “nah, aku seorang ahli Parlimen yang bersuara lantang mengkritik Tun!”?

Sebenarnya, perkara ini ada cara untuk menyelesaikannya, dan herdik mengherdik, kutuk mengutuk ini bukanlah cara yang baik dan tepat untuk dilakukan. Selagi ada opis boy lulusan Cambridge ataupun Oxford mahupun lulusan SPM pangkat 3 di Jabatan Perdana Menteri (penulis tak menuding, tetapi saja berseloroh!), kekusutan ini pasti tidak akan terurai. Apatah lagi ditambah dengan isu-isu pojok lain yang kian meningkat.

Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a typical civil servant tidak harus lagi menyorok di belakang curtain. Beliau harus tampil dan berhadapan dengan Tun, walaupun Tun kini dilihat sebagai seorang tua yang tiada kuasa tetapi harus diingat, jika beliau dipandang demikian, pandangan akademik beliau masih lagi dihargai dan dihayati. Beliau bukanlah sekadar seorang tua yang mengalami post prime minister syndrome, atau sindrom selepas berkuasa seperti yang didakwa Tun Musa Hitam (akhirnya, dapat jua pangkat Tun – tidak perlu jadi Perdana Menteri pun dapat Tun, kan?)

Sebenarnya, perkara ini tidak akan ada penyelesaiannya, selagi ada tangan-tangan yang berselindung di sebalik Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the typical civil servant. Tangan-tangan ini jika tidak dicubit, kelak akan mencubit, tangan ini jika tidak dipukul, kelak akan memukul, namun apa yang paling membimbangkan ialah, tangan ini, jika tidak dipatahkan akan mematahkan apa yang patut dan yang paling menakutkan ialah jika tangan ini tidak dihapuskan, kelak akan menjadi luar kawalan dan akan persis menjadi seperti filem The Hand lakonan Michael Caine di mana tangan beliau mengalami kecacatan akibat sebuah kemalangan. Di dalam filem itu, Jonathan Landsdale, seorang kartunis lakonan Micheal Caine (watak yang beliau fahami cukup cemerlang dan hebat! - dalam lakonan, yang penting memahami watak bukan menjiwai, Jose!) mengalami masalah rumahtangga dan selepas terlibat di dalam sebuah kemalangan, tangan beliau terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya. Akhirnya, tangannya “hidup” dan mengancam semula kehidupannya.

Apa yang dapat penulis kaitkan di sini ialah, Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the typical civil sevant harus cepat menyedari tentang ancaman-ancaman ini. Janganlah sehingga tangan-tangan yang “berbau” kari dan “berbau” masak lemak cili padi ini akan mencalit ke muka Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the typical civil servant tidak dapat berkhidmat mahupun melihat secara jelas kerana “kepedasan” kari dan masak lemak cili api ini. Wahai Prime Minister a.k.a the typical civil servant, cepatlah sedar kerana kapal kian karam dan tenggelam!

Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection


No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...