Monday, 5 June 2006

BERSAMAMU, KITA BERJALAN..

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Program Bersamamu di TV3, yang disiarkan pada setiap hari Isnin jam 8.30 malam akan senantiasa membuatkan penulis menitiskan airmata. Menitiskan airmata yang pilu. Nah, apalah salahnya penulis menitiskan airmata kerana menonton rancangan itu dari menitiskan airmata apabila ada peserta A.K (Akademi Khayalan) tersingkir ataupun membaca berita artis kita putus tunang atau bercerai.

Tidak, penulis tidak mempunyai sikap selective di atas setiap insiden yang berlaku tetapi penulis sekadar mengenangkan nasib orang kita (Melayu ka, Cina ka, India ka, kita semua orang Malaysia bukan?) yang mudah bersimpati terhadap perkara-perkara yang agak simplistik! Sebenarnya penulis lebih merasa ralat bila mengenangkan nasib mereka-mereka, golongan miskin lagi daif dipaparkan di dalam rancangan Bersamamu itu. Mengapakah perkara ini masih ada dan masih berlaku? Di mana salahnya? What went wrong?Sebenarnya, adakah mereka ini benar-benar terbela nasib mereka menerusi rancangan ini atau sekadar berlalu begitu sahaja?

Jika kita lihat, Malaysia telah pun merdeka, berjaya dan berjaya..Dari KLCC, KLIA, PICC (Kepada siapa yang tak tahu, PICC maksudnya Putrajaya International Convention Centre), SIC (Sepang International Circuit), Cyberjaya dan macam-macam keJAYAaan yang dikecapi hasil iltizam bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun, saya nak jumpa Tun untuk kali ke3 tapi masih tak boleh-boleh! Tun sibuk sangat ka lepas pencen noo..) Perdana Menteri ke5, Dato’ Seri Abdullah Badawi, apa cerita? Apa cerita Islam Hadhari anda?

Kembali semula mengenai cerita Bersamamu ini. Ia telahpun memasuki musim ke2 (setiap musim mempunyai 13 episod, ini bererti 26 paparan kemiskinan telah pun diceritakan). Ini juga bererti 26 paparan kisah sedih golongan miskin telahpun berlalu. Kemiskinan, kedaifan? Di Malaysia, negara yang menjadi ketuan NAM (Non Align Movement) dan OIC (Oooo..I…C..!)

Apa yang telah berlaku? Di mana silapnya (pinjam bait sajak Perjuangan Belum Selesai). Kemanakah perginya wang peruntukan setiap wakil rakyat ini dibelanjakan? Buat dewan rakyat baru? Atau buat surau baru yang belum pasti pengunjungnya seramai surau yang ada di setiap kampung di Malaysia? Bukankah mencegah kemiskinan itu lebih dituntut di dalam Islam dari sibuk membuat surau dan masjid tetapi pengungjungnya hanya beberapa kerat sahaja!

Ataupun mungkin setiap wakil rakyat sibuk menjaga projek masing-masing sambil memejamkan sebelah mata? (Oppss…maaf Datuk!) Kawan-kawan, JÓse ni bukan cerita Ruby yang disiarkan dalam TV3 tu..ini cerita kenyataan. Ini bukan cobaan!! (Wak Mustar, terimalah realiti masyarakat kita memang sedang mengalami satu “cobaan” hidup!)

Sesuatu tindakan harus diambil segera. Negeri-negeri yang mencatat kadar kemiskinan yang boleh dianggap kurang selesa, ialah di negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu termasuk juga di beberapa daerah di Kedah (lupakan Baling, siapa cakap ada kemiskinan sampai mati kebulur pada tahun 70an dulu? Tipu saja) perlu diambil tindakan segera.

Penulis bukan ingin mengkritik atau memperlecehkan negeri Kelantan. Cuma penulis ingin membuat satu contoh sihat. Umpamanya, mengapakah rakyat Kelantan begitu banyak sekali di negeri-negeri membangun seperti Selangor, Kuala Lumpur dan merata tempat lagi? Dan kebanyakan mereka adalah usahawan-usahawan yang cukup berjaya! Walaupun sekadar membuka warung tomyam (cukup terkenal dan pendapatan sehari mungkin mencecah RM1k atau lebih) mereka tetap berjaya di dalam karier masing-masing?

Tetapi penulis ingin menarik perhatian orang ramai tentang penghayatan mereka di dalam mencari rezeki yang sejajar dengan ajaran Tuhan melalui surah 29:60 yang berbunyi “Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Walaupun ayat di atas agak berbunyi sarcastic tentang sikap menyerah sahaja tetapi pokok pangkalnya, Tuhan tetap memberikan rezeki kepada setiap mereka yang ingin dan mahu berusaha. Tok Nik, apa citer Tok Nik? Bakpo rakyat Kelate jadi gitu? Jangan sekadar beretorik mahu menjalankan pengurusan wang dalam bentuk emas seperti yang telah disyorkan oleh Tun Dr. Mahathir satu masa dahulu (apa cerita dengan dinar emas itu?) Dengar khabar, Mahfuz Omar nak mengadakan perbincangan dengan Tun tentang perkara ini. Atau mungkin nak mengheret Tun dalam kancah politik semula? Itulah politik.

Sebenarnya, penulis melalut sikit. Tapi secara ringkasnya memang kita digalakkan merantau mencari rezeki. Tapi persoalannya, bagaimana kita nak memajukan sesebuah negeri sebelum kita keluar ke negeri orang? Walaupun kita akan memperolehi banyak pengalaman jika kita merantau tetapi alangkah baiknya jika negeri kita pun akan dapat dibangunkan juga oleh penduduknya sendiri? Bayangkan jika peluang pekerjaan dapat dicipta di Kelantan dan ia akan berjaya menarik semula para profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah dan ramai lagi yang berasal dari Kelantan pulang bekerja di sana?

Penulis percaya Kelantan mungkin akan mencapai taraf negeri maju menjelang 2020 (bayangkanlah..) Ini akan dapat membendung sikap mundur, eksterimis golongan tua dan golongan radikal di Kelantan. Apabila ianya berlaku, maka sudah pasti Kelantan akhirnya akan dapat diperintah semula oleh B.N. (Penulis menjadi ahli politik separuh masaklah pula)

Baru-baru ini, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung (SPBYDA) telah bertitah di dalam ucapan sempena sambutan keputeraanya yang ke-64 (alangkah untungnya menjadi Sultan atau Raja di Malaysia, mampu menyambut harijadi untuk 2 kali, jika menjadi SPBYDA) beliau telah menyentuh tentang pentingnya kita mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat global (bukan glokal). Ini benar dan tepat dengan saranan SPBYDA. Ia juga berkait rapat dengan isu yang penulis bangkitkan ini. Jika kemiskinan dan kedaifan terus melanda di negara kita, bagaimanakah agaknya kita hendak bersaing?

Penulis terfikir semula tentang rancangan Bersamamu itu. Penulis merasakan yang rakyat Malaysia, golongan politikus Malaysia dan ramai lagi mempunyai sifat “a good Samaritan” yang tidak kena tempat. Atau mungkin kena tempat. Cuma kena atau tidaknya itu acapkali disalahertikan dan disalahgunakan. Jika ianya mampu memberikan mileage terhadap mereka maka silakan. Nah, jika benar ianya satu pertolongan dan bantuan ikhlas, mengapakah masih ada lagi kemiskinan, baik yang ditonjolkan di dalam rancangan itu ataupun tidak?

Adakah kewujudan rancangan Bersamamu itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada orang ramai atau tidak? Atau ianya sekadar satu lagi program rancangan TV yang diwujudkan semata-mata untuk mengutip rating yang tinggi (perlu diingat jika rating tinggi maka peluang untuk slot iklan itu diletakkan harga yang tinggi juga perlu dititipberatkan!) atau sememangnya TV bersimpati terhadap golongan miskin lagi daif ini? Apalah ertinya jika kita hanya menitiskan airmata pada setiap hari Isnin (sewaktu rancangan ini keudara) tetapi hakikatnya kemiskinan ini tetap melanda? PEMUDA di manakah anda?

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...