DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN DAN 40 ORANG ULAMA!

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Sejak kebelakangan ini, parti UMNO mula mendekati golongan agamawan (atau ulama, Jose!) dan sejarah terbaru tercipta apabila beberapa orang golongan ulama dari universiti dan beberapa tempat lain mengambil keputusan untuk menyertai UMNO dan Presiden parti itu sendiri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Abd Razak sendiri menerima borang penyertaan ulama tersebut.

Semasa Dato' Seri Najib mula menjadi Perdana Menteri, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bertindak menghadiri perhimpunan golongan tabligh terbesar di Kuala Lumpur! Sejarah tercipta apabila beliau menjadi Presiden UMNO pertama berbuat demikian!

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sesiapapun boleh menyertai UMNO, tetapi perlu diingat apakah penyertaan mereka ini boleh mendatangkan pembaharuan yang diharapkan? Saya bimbang jika masih ada orang mempunyai tanggapan, menyertai UMNO persis memperolehi tiket untuk kesenangan!

Bukanlah niat saya untuk menyangkal dan menimbulkan sangsi tentang penyertaan golongan agamawan ini, tetapi sejauh manakah ahli UMNO yang sekarang dilhat mempunyai hierarki tersendiri (UMNO dahulu terdiri daripaga golongan para nelayan, guru dan sedikit sahaja golongan profesional serta penduduk luar bandar) namun sekarang, rata-rata dianggotai profesional, peniaga, usahawan, jutawan, penyangak mahupun penyamun bersedia menerima golongan ini?

Saya berpendapat mungkin Perdana Menteri menyedari tentang kehadiran para agamawan ini akan dapat mewujudkan satu timbangtara di dalam UMNO kerana parti tersebut itu sekarang dipenuhi dengan ahli-ahli yang terlalu mementingkan hartabenda, maka keujudan agamawan ini mampu untuk mengimbangi keadaan!

Kemasukan Dr Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) ke dalam UMNO itu sendiri persis satu ujian asid (acid test, Jose!) kepada parti itu juga, kerana ada yang masih sangsi dengan pemikiran progresif Dr MAZA yang dilihat sebagai berkiblatkan pemikiran Wahabbi (kepada masyarakat Melayu Islam, fahami dahulu apa itu Wahabbi sebelum tuduhan melulu dibuat!) dan mungkin di kalangan ahli UMNO yang menentang namun berbuat demikian secara diam.

Dua kemungkinan akan berlaku, seandainya Dr MAZA menyertai UMNO.

i) UMNO mungkin menjadi parti yang progresif dan berfikiran terbuka dari aspek keagamaan.
ii) UMNO akan kalah teruk dan terus hilang dari pemikiran orang Melayu kerana menyangka UMNO telah di Wahabbikan oleh Dr MAZA!

Masyarakat Melayu Islam di Malaysia, yang masih dianggap baru menganut agama Islam (rata-rata sekitar 400-500 tahun, dibandingkan dengan Cina Islam di China yang menganuti Islam lebih awal dari orang Melayu!) segelintirnya sering merasakan yang mereka lebih Islam dari masyarakat Islam di tempat lain.

Ini kerana ada di antara mereka yang tidak dapat menerima Islam Syiah, Islam Wahabbi dan sebagainya dan menganggap hanya Islam Syafie sahaja yang betul, sedangkan Islam itu hanya satu sahaja dan tiada siapa yang mempunyai pengetahuan tentang siapa yang benar dan salah di dalam kepercayaan mereka.

Apakah dengan penyertaan Dr Asri ke dalam UMNO, parti tersebut akan menyaksikan perubahan revolusi Islam yang sebenar, seperti yang diharapkan?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Ulasan

Fakeh berkata…
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
Pitt berkata…
hesmel, masalah di malaysia ni depa dok tengok agama tu milik ekslusif orang melayu. padahal kalau kat luar tu lagi ramai bangsa lain yang menganut agama Islam. Allah jadikan pelbagai bangsa supaya kita mengenali dan menghormati sesama kita. lagi satu kat malaysia ni, Islam ditafsir mengikut perspektif sempit kepartian.

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE