Monday 8 March 2010

NATRAH: TRAGEDI CINTA AGUNG..

Oleh -  Hesmel Faznee Faisal

Kekecewaan, pengkhianatan, cinta tak kesampaian dan pelbagai lagi huraian mungkin boleh digunakan bagi menggambarkan kisah Natrah yang tragis ini.

Secara peribadi dan tanpa perlu untuk membangkitkan perasaan ego seorang lelaki, saya akui telah beberapa kali telah menitiskan airmata semasa membaca buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Airmata karya Fatini Yaacob. Setiap bab yang ditulis beliau mampu untuk membuat pembaca merasakan betapa seorang gadis bernama Natrah @ Huberdina Maria Hertogh telah mencetuskan fenomena yang membuatkan dunia mengalihkan perhatiannya kepada sebuah Negara kecil, iaitu Malaya.

Semasa membaca buku tersebut, saya terfikir sejenak memikirkan keadaan yang sedang melanda Negara kita sekarang. Daripada aspek perpaduan masyarakat yang kelihatan sedikit rapuh hinggalah kepada isu keagamaan yang bertitik tolak daripada kontroversi kalimah Allah, saya yakin sejarah akan kembali berulang seandainya manusia itu lupa akan sejarah.

Di dalam kulit kacang (or another words, in a nutshell Jose!), tragedi Natrah ini pasti takkan berlaku seandainya undang-undang tubuh kerajaan pada masa itu berjaya diseragamkan, terutamanya undang-undang syariah yang menjadi fokus utama di dalam perbicaraan kes Natrah ini. Kesilapan yang berlaku akibat pernikahan Mansor Adabi dengan Natrah di Singapura telah menjadikan keadaan sedikit rumit. Selain daripada itu, tindakan Che Aminah (ibu angkat Natrah) menikahkan Natrah dengan Mansor di Singapura telah mengakibatkan perkahwinan itu terbatal kerana mengguna pakai sistem undang-undang British (terutamanya di negeri-negeri bersekutu seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka!)

Jika pembaca blog syok sendiri ini membaca buku Natrah itu, pasti ramai yang akan bersetuju dengan saya dan mengatakan bahawa perkara tersebut tidak mungkin akan terjadi seandainya Natrah dinikahkan di negeri Terengganu, malah di Johor!

Pada masa itu juga, orang ramai tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama telah bersatu hati memberontak dan memprotes tindakan British yang dilihat sebagai masuk campur dan menyebelahi Belanda (harus diingat, keluarga Natrah berasal daripada Belanda dan neneknya pula berketurunan Indonesia!). Orang Melayu pada masa itu marah dengan tindakan provokasi akhbar Straits Times (now I know why the modus operandi is similar to that of New Straits Times when it was under the helm of Brendan Pereira as the Editor in Chief!) menyiarkan gambar persis Natrah menyembah di hadapan patung Virgin Mary!

Pada pendapat saya, segala episod yang berlaku ini merupakan hikmah yang tidak terhingga kerana British sedar tentang sentimen agama yang menjadikan orang Melayu memberontak dan sanggup membunuh demi maruah agama, bangsa dan negara dan mengambil keputusan untuk “beralah” dengan mereka.

Buku setebal lebih dari 400 mukasurat itu juga turut menyiarkan gambar-gambar ekslusif Natrah semasa kanak-kanak, remaja dan dewasa serta surat menyurat antara beliau dan Mansor Abadi. Yang menjadi perhatian adalah surat “membunuh” yang telah mengakibatkan Mansor Adabi membuat keputusan untuk melupakan Natrah, sedang hakikatnya Natrah langsung tidak mengetahui surat tersebut!

Selepas menunggu kehadiran balasan surat daripada Mansor Adabi (Natrah tidak mengetahui bahawa Mansor Adabi telah “ditipu” oleh ibubapa Natrah dengan kehadiran surat yang membunuh perasaan Mansor terhadap Natrah!) Natrah mengambil keputusan untuk melupakan Mansor dan berkahwin dengan seorang askar. Perkahwinan itupun berlaku semata-mata kerana escapism Natrah daripada tinggal dengan keluarganya.

Dapatlah dikatakan di sini bahawa cinta Natrah/Mansor Adabi itu merupakan sejarah cinta yang terpedih pernah dicatitkan dalam beberapa sejarah-sejarah cinta kecundang. Saya yakin, ia lebih tragis dari cinta Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah, malah lebih lagi tragis dari cinta Awie dan Erra/Wati!

Saya berharap orang ramai akan dapat membaca buku tersebut bagi memahami sentimen perasaan Melayu pada masa itu. Secara tidak langsung ianya turut mengiakan pendapat Frank Sweetenham mengenai orang Melayu di dalam jurnal Malay Annals; “Jangan sekali-kali menyentuh perihal agama, budaya, adat dan keSultanan dengan bangsa Melayu”!

Kepada mereka yang merasakan bahawa kisah Natrah ini hanyalah satu kisah dan lebih untuk menuduh Natrah murtad dan sebagainya, fahami dahulu mengapa Natrah atau Maria Hertogh membuat keputusan untuk menderma mayatnya kepada sebuah institusi kajian bagi mengkaji dan melakukan ujikaji ke atas mayatnya.

Beliau rela mati tanpa berkubur kerana saya merasakan dilema yang beliau hadapi. Beliau tidak mahu dikebumikan sebagai seorang Kristian dan mungkin ingin mati sebagai seorang Islam. Namun keadaan sekeliling beliau menyukarkan beliau untuk berbuat demikian!

Kepada mereka yang ingin melihat rakaman terakhir Natrah sebelum beliau meninggal boleh ke link ini .

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
 
p.s - Kepada ahli UMNO, kejadian Natrah ini juga merupakan salah satu punca mengapa Dato Onn Jaafar tidak lagi mendapat sokongan ahli UMNO. Bacalah untuk tahu kisah selanjutnya!







No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...