Tuesday 16 March 2010

KHABAR ANGIN DAN KONSPIRASI

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!
 
Khabar angin atau wind news (Jose, those words were loosely based on my own interpretation and is not being used on a standard practice!) di Malaysia merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dibendung.

Adakala ianya boleh menjadi satu perkara yang benar dan sah! Amat sukar untuk menafikan sesuatu khabar angin, seandainya kita tidak mempunyai sebarang bukti kukuh (bagi menafikan khabar angin tersebut)

Ianya juga kadangkala membolehkan seseorang itu kehilangan kedudukan, atau lebih teruk membuatkan sesuatu perkara yang benar itu benar (Did you get what I was trying to say, Jose?)!

Seperti juga berita yang dilaporkan oleh sebuah akhbar bukan Melayu mengenai satu perletakan jawatan di dalam pasukan keselamatan Negara. Pada mulanya ia telah dianggap sebagai satu khabar angin, namun akhirnya ianya telah disahkan oleh Menteri yang bertanggungjawab di dalam hal-hal Dalam Negeri sebagai benar.

Apa yang hendak ditegaskan di sini ialah kita mempunyai pilihan di dalam membuat keputusan, samada mempercayai berita-berita yang disiarkan atau menerimanya bulat-bulat. Seperti berita di atas, pihak Kementerian Dalam Negeri telah pun mengambil tindakan mengarahkan editor akhbar tersebut memberikan surat tunjuk sebab mengapakah berita sebegitu disiarkan.

Mengapakah tindakan itu perlu dilakukan? Bak kata orang, the tree will not move if no wind blows the tree (My own interpretation, Jose!)

Semua ini akan menggugat kredibiliti kedua pihak, baik pihak akhbar mahupun Kerajaan. Alasannya kerana rakyat akan mula merasa keliru; siapakah yang sebenarnya bercakap benar! Sebagai sebuah akhbar yang bertanggungjawab di dalam menyiarkan objektiviti mahupun perkara sebenar, masakan akhbar tersebut berani untuk menyiarkan perkara yang hanya berdasarkan kepada khabar angin sahaja?

Perlu diingat, setiap laporan yang disiarkan boleh mendatangkan kesan timbangtara, seandainya ianya tidak tepat seperti yang dikhabarkan. Kesannya mungkin lesen mereka boleh ditarik balik dan sebagainya. Di pihak Kerajaan pula, rakyat akan mula merasa “fobia” dan mula meragui ketegasan dan ketelusan di dalam sesuatu perkara terhadap pihak pemerintah.

Lazimnya, di dalam pelaporan sesuatu berita sesuatu “scoop” perlulah melalui pelbagai proses, antaranya mendapatkan dahulu kesahihan berita serta sumber berita serta perlu memeriksa samada si pemberi maklumat itu benar-benar mempunyai kredibiliti mahupun tidak (In this case, we have to determine whether it is just a solid news or a hearsay!)

Saya yakin, “scoop” yang diterima oleh pihak akhbar bukan Melayu itu datangnya dari sumber dalaman. Masakan mereka begitu lekas “menghidu” berita sensasi ini?

Teringat saya kembali mengenai kisah konspirasi. Bagi saya, konspirasi merupakan sesuatu perkara yang begitu asing di Malaysia. Maksud asing di sini ialah agak sukar untuk menyembunyikan sesuatu perkara daripada dihidu oleh pihak tertentu. Ini kerana masyarakat Malaysia cukup minat dan gemar kepada “khabar angin”.

Serta tak ramai orang yang mampu untuk menyimpan rahsia di Malaysia. Jika ada, ianya hanya beberapa kerat sahaja! Bayangkan, bagaimanakah agaknya hendak menyembunyikan sesuatu konspirasi daripada berlaku? Hit the chest and ask your appetite (Another loose translation from me, Jose!).

Secara keseluruhannya, persoalan mengenai konspirasi dan khabar angin merupakan 2 elemen yang berbeza tetapi mempunyai kaitan yang cukup kukuh. Hanya masa yang menentukan pertembungannya.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...