Tuesday 2 March 2010

EXODUS

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog di awang-awangan ini (blog syok sendiri, Jose!)

Exodus merupakan salah satu lagu yang dipopularkan oleh Raja Reggae, Bob Marley. Jika dilihat di dalam sub budaya popular (or popular sub culture, Jose!) perkataan Exodus ini mempunyai banyak definisi. Ianya tidak hanya terhad kepada tajuk lagu, malah menjangkaui dunia perfileman (Exodus lakonan Paul Newman dan arahan Otto Preminger), penulisan (The Exodus hasil karya Julie Bertagna), agama (The Book of Exodus, mengikut kepercayaan Taurat dan Injil) serta pengkisahan sejarah moden (yang cukup banyak dan tak tertulis!).

Kepada mereka yang masih menggaru kepala dan bingung dengan perkataan Exodus, ianya bermaksud penghijrahan atan pemindahan beramai-ramai.

Di Malaysia, exodus turut berlaku di dalam sebuah parti politik yang dipimpin oleh seorang pemimpin berkarisma. Karisma atau tidak, saya tidak tahu dan tidak ambil peduli!

Seperti yang dituliskan di dalam tulis saya yang terdahulu, strategi pemimpin berkarisma ini untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui tindakan exodus akhirnya memakan diri sendiri.

Ada juga blog yang berpendapat ianya satu strategi. Bagi saya, jika ianya benar satu strategi terancang untuk membangkitkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, ianya satu tindakan yang boleh mendatangkan satu lagi perkataan yang popular di dalam sub budaya popular, iaitu “revolusi”. Revolusi ini mungkin berlaku di pihak Kerajaan atau pembangkang, saya tidak tahu kerana saya bukan peramal seperti Nostradamus!

Apa yang membimbangkan saya ialah masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan pemikiran yang berbeza-beza. Ada yang menggemari politik, manakala ada yang langsung tidak berminat dengannya. Saya khuatir, berlaku pula exodus besar yang melibatkan rakyat Malaysia yang jelak dengan golongan potikus yang masih lagi mahu berpolitik, tanpa menghiraukan kebajikan rakyat. Dikhabarkan, ramai golongan profesional di dalam dan luar Malaysia sudah mula bertindak untuk tidak lagi berada di Malaysia kerana banyak faktor.

Mungkin ada yang mendabik dada mengatakan bahawa apa yang dilakukan adalah demi rakyat, kuasa rakyat dan sebagainya. Namun hakikatnya ialah sejauh manakah kebenaran ini?

Demi kebaikan kepada semua pihak, hentikan dengan segera kekecohan dan kecelaruan yang sedang berlaku ini. Kepada pihak yang lagi satu, jika ramai daripada pasukannya mula meninggalkan “bunker”, carilah sebab mengapa ianya berlaku. Kepada pihak yang satu ini, jangan terlalu yakin bahawa mereka akan mendapat kembali maruah yang tercalar disebabkan oleh salah percaturan pemimpin terdahulu.

Saya bimbang, menjelang Pilihanraya ke-13 kelak saya mungkin menghadapi masalah untuk memilih calon daripada parti tertentu kerana tiada satu calon pun yang bertanding berdasarkan parti. Semuanya memilih untuk menjadi calon bebas!


Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...