Friday 26 March 2010

BEBAS AKHIRNYA!

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca setia dan tak setia blog syok sendiri ini.

Sebelum meneruskan “penulisan” kali ini, saya ingin mengambil kesempatan (No, Jose! I had no intention at all in taking advantage on your girls!) untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham YB Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah meninggal dunia malam semalam (25 Mac 2010)

Allahyarham yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di era zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini telah beberapa kali bertanding di dalam pilihanraya umum mewakili UMNO bagi kerusi DUN.

Pilihanraya kecil kali ini merupakan satu ujian asid (acid test, Jose!) kepada parti PKR; ini kerana sejak kebelakangan ini beberapa isu telah melanda parti berikut hingga ianya mampu menganggu gugat keyakinan pemilih terhadap PKR.

Ia akan menentukan samada mampukah Pakatan Rakyat (PR), selaku kerajaan pemerintah mampu untuk meyakinkan pemilih di kawasan Parlimen Hulu Selangor memilih semula calon PR. BN pula harus akur yang mereka terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengambil hati pemilih di sana (I’m well confident there will be a lot of developments going on in that place shortly after this; thus people of Hulu Selangor, choose wisely!) dan tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan kerana melihat kepada kelemahan PR ini satu peluang merampas kerusi tersebut.

Namun dalam kerancakan semua kekecohan dan kekalutan ini, saya tidak merasa terkejut jika ada calon Bebas yang akan bertanding dan munkin, sekadar mungkin akan memenangi kerusi Parlimen tersebut. Kadangkala, kejutan politik di Malaysia ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

Mungkinkah rakyat akan memilih calon Bebas, melihat kepada trend masakini di mana calon Bebas sekarang sudah mendapat begitu banyak "coverage" dari pihak mainstream, kerana dedahan mereka yang ekslusif?

Atau mungkin ada di antara calon-calon ini datangnya daripada bekas ahli parti politik tertentu yang akan mendedahkan lagi kebobrokan parti tertentu semasa kempen dijalankan? Semuanya pasti dan boleh berlaku!

Walau bagaimanapun, saya ucapkan selamat berkempen, hentikan kempen memburuk-burukkan parti lawan dan bertandinglah atas dasar Demokrasi (dan bukan dasar dia mau kerusi!)

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.



No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...