Monday 22 September 2008

ANDAIAN

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam..kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, as if there is any!)

Sudah lama penulis tidak menghantar sebarang artikel (konon!) ke dalam blog ini. Sejak meninggalkan KTMB (dalam keadaan hati yang cukup berat serta bercampur baur dengan kecewa dan sedih!) lalu menyertai OUM, (dengan penuh gembira bercampur gentar, suspen dan bimbang!) penulis sudah lama tidak menghantar atau memberikan pandangan dan komen tentang isu semasa.

Adakah isu semasa yang berlaku sekarang ini cukup menarik dan mampu untuk menimbulkan perbagai persoalan yang mencabar minda?

Pada pendapat penulis, ianya biasa sahaja. Tiada apa yang hendak dilaung-laungkan. Kemenangan DSAI (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil yang diadakan baru-baru ini sudah pun dijangkakan. Kisah-kisah tentang beberapa orang wakil rakyat yang ingin melompat parti ini juga biasa dan juga telah pun dijangkakan. Kekalutan yang berlaku di dalam BN, pun sudah dijangkakan.

Secara ringkasnya, ianya memang sudah dijangkakan. Masakan tidak, jika kita mempunyai kekuatan yang lemah (Get it, Jose?) kita pasti akan tersungkur dan kecundang, tidak lama nanti. Disebabkan itulah, adalah penting bagi sesebuah parti pemerintah itu berdiri di atas paksi yang benar-benar kuat dan bukannya berdasarkan kepada sebuah kekuatan yang goyah.

Apabila kemenangan itu telah dicapai dalam keadaan pemenangnya bengkak bengkil dan luka parah, kemenangan tersebut dianggap sebagai shallow victory atau kemenangan yang tidak membawa sebarang erti. Dalam kata lain, ianya bukan sebuah kemenangan mutlak.

Hakikat sudah terpapar jelas dan ianya pasti tidak mungkin akan berubah.

Dalam pada itu, demi menyedapkan hati masing-masing, mereka mula mengatakan kemenangan pasti akan tercapai jika mereka memerlukan sejumlah kerusi itu dan ini. Demi untuk mencapai kemenangan mutlak, serta menyedapkan hati mereka yang tertewas, mereka mula mengatakan bahawa hanya 8 kerusi sahaja yang diperlukan untuk mencapai kemenangan 2/3. Jelaslah, orang itu bersikap tidak berpijak di bumi yang nyata.

Maaf. Penulis tidak berniat untuk memulakan sebarang cerita-cerita karut. Sekadar ingin menyatakan kebimbangan yang turut dirasakan oleh sesetengah pihak.

Ini termasuk kisah kita akan bertukar menjadi negara itu, dan diperintah oleh pemimpin dari parti ini. Penulis hanya ingin memaklumkan kepada semua bahawa, ini sekadar satu andaian kecil dari seorang yang tidak pandai membuat andaian.

Andainya; Jose, sekadar satu andaian. Kebelakangan ini, Malaysia telah dihiasi dan dipenuhi dengan pelbagai andaian. Apa yang pasti, andaian akan tetap menjadi andaian dan ianya tidak mungkin terjawab dalam tempoh terdekat ini.

Ramai yang mengatakan, tunggulah tarikh itu, tunggulah tarikh ini. Yang pasti, hidup nasib kita bukan ditentukan oleh tarikh itu. Tetapi apa yang akan berlaku pada tarikh itu akan ditentukan oleh apa yang akan dilakukan oleh beberapa orang yang akan mengubah takdir pada hari tersebut!

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...