KITAKAH? KITALAH...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Kitakah yang merepek?
Dalam melepek dalam kesempitan hidup?

Kitakah yang tersepit?
Dalam kesempitan masih lagi nak mengaku jaguh?

Kitakah yang kalah?
Dalam kalah, dalam lelah masih mengaku kita tak parah?

Kitakah yang parah?
Dalam parah, kita pasrah namum hakikat tak mahu berserah?

Kitakah yang terlalu megah?
Dalam megah, kita ini dilihat persis bangsa yang tidaklah gah?

Kitakah yang harus berundur?
Kalau itu yang tepat, pergilah, jalanlah, berambuslah!!

16 Mei 2008,
Kuala Lumpur


photo courtesy of - otakuin.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE