Thursday 25 May 2006

SEORANG NENEK DAN SEORANG IBU...

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Mengapakah kita ni kurang bagus? Atau kita dah bagus? Cuma kita bagus kat tempat sendiri?

Sebenarnya persoalan utama yang perlu kita jawab ialah apakah yang membuat kita ni bagus? Persoalan ini terlalu subjektif. Terlalu complicated kalau kita fikir menggunakan mata akal dan tidak menggunakan mata hati. Hari demi hari, negara kita semakin kekurangan artis yang benar-benar berbakat. Kalau adapun dia mungkin tenggelam dalam gelombang glamour artis-artis “mee segera”.

Seperti yang penulis ingin tekankan di sini, penulis tidak ada sebarang grudge terhadap alumni Akademi Khayalan (aka Akademi Fantasia) tetapi yang penulis agak keberatan di sini ialah setakat ini, sehingga ini siapakah artis-artis dari A.K (Akademi Khayalan) yang benar-benar dianggap berjaya di dalam industri seni kita? (jangan disebut Mawi kerana dia berjaya hanya dalam imaginasi dan fantasi peminatnya sahaja)

Apa yang telah berlaku pada Nana (dia dan fantasinya itu)? Hanya sekadar menjadi D.J di radio ERA. Mujurlah ERA itu pun sebahagian dari hak milik Astro. (atau milik conglomerate Ananda Krishnan) Jika tidak penulis agak pesimis tentang nasib Nana tu. Selain dari bakatnya (Berbakatkah dia?!) yang tidak seberapa, penulis andaikan dia mungkin sekarang kembali ke J.B dan hanya bekerja kilang atau mungkin di pasaraya, seandainya dia tidak diambil bekerja di ASTRO atau mungkin mendapat undian tertinggi di dalam A.K itu. Maaf, penulis tidak memandang rendah golongan ini (mereka lebih mampu dan mewah dari graduan2 Malaysia yang menganggur) tetapi apa yang hendak ditekankan di sini ialah berapa ramaikah artis kita yang benar-benar dari institusi pengajian tinggi atau mempunyai ijazah sekurang-kurangnya?

Jika kita memberikan inisiatif kepada mereka tentang pentingnya kita mempunyai pendidikan, sampai bilakah mereka ini akan hanyut dalam fantasi sendiri. Ibubapa harus memberikan penekanan tentang aspek ini. Kita tidak mahu lagi mendengar seorang nenek yang menggalakkan cucunya untuk masuk ke dalam A.K ini (penulis hidup dalam dunia realiti atau fantasi?) atau seorang ibu yang menangis pemergian anaknya ke A.K ini.

Sebaliknya kita harus mendidik mereka bahawa, ilmu itu penting, setelah mendapat ilmu yang sepatutnya barulah mereka bebas memilih apa sahaja bidang yang mereka mahu. Kita tidak mahu mereka sekadar gah di dalam sahaja. Itu yang membezakan seniman Malaysia dan Indonesia. Mereka benar-benar berbakat dan berilmu (bukanlah maksud penulis mereka berilmu tinggi tetapi mempunyai pengetahuan tentang seni mereka dan latarbelakang mereka) tetapi mereka juga mempunyai jatidiri yang tinggi.

Apa yang penulis lihat di Malaysia ialah kita mudah menerima bulat-bulat apa sahaja yang disuapkan oleh seni luar ke dalam mulut kita. Jadi, anda bayangkan generasi X (generasi gagal la tu..) Malaysia sekarang, menerima dan mengangguk apa jua nilai2 luar ke dalam pemikiran mereka.
Ini mengingatkan penulis kepada nenek yang menggalakkan cucunya untuk masuk A.K (perlukah acapkali penulis mengulangi perkara ini?) dan seorang ibu yang menangisi pemergian anaknya ke dalam A.K (perlukah acapkali penulis mengulangi perkara ini?)

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...