Thursday, 27 March 2008

PETISYEN UNTUK DOLAH "BAJU MERAH"

PETISYEN:
Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:
a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:
a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:
a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.
b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.
c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit
d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involved” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.
e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.
f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO
a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.
b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.
c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.
d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Malahan tindakan membenarkan Khairy menggunakan pengaruhnya dalam pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO menyebabkan beliau diejek (boo) selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan pemilihan Khairy sebagai calon Parlimen Rembau.
e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.
f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.
g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”
h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.

Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.
Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
ATAU
2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.
Sekian, terima kasih.

Note:
Atas permintaan dan cadangan ramai berikut ialah draf petisyen yang akan diedarkan kepada Ahli UMNO secara online dan bercetak. Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh hubungi demokrasimalaysia@yahoo.com atau para pentadir laman ini. Dicadangan juga petisyen ini hanya terbuka kepada Ahli UMNO. Nama sebenar dan nombor keahlian serta nombor telefon akan diperlukan bagi membolehkan petisyen ini dianggap sah dan relevan. (Tidak perlu tulis butiran di dalam komen ini kerana ia hanya diperlukan setelah dilancarkan secara rasmi.) VERSI KEMASKINI 12/03/08:1.28PM)

Friday, 14 March 2008

Lah, Lah, Lah...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Aku dengar macam-macam,
Aku nampak pelbagai ragam,

Aku sentuh seluruh alam,
Namun kesal tiada resam,

Pergilah,
Jauhilah,
Undurlah,
Jalanlah..

Lah, Lah, Lah....

Kau tentu fahamkan?

Siapalah?
Merekalah?
Itulah,
Dialah,

Rasalah,
Tiada lagilah kekesalan,

Seandai kau pergilah....

14 Mac 2008

Tuesday, 11 March 2008

TEMUBUAL BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Khairy punca BN tewas mengejut?
Mar 9, 08 10:12pm

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi:

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.
Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini. Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan? Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) 'meletakkan jawatan', apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan 'hara-kiri'. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.

Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?

Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.
Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.
Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini tidak sesuai, salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat). Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.
Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN? Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

Saya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.
Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.
Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?
Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.
Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.
Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein) ...
Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?
Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika adan tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak. Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA.

Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

Dia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis. Dia beritahu semua orang "Ini muka tak bertukar, tak bertukar" [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka diah? Jika dia Britney Spears, lainlah ...

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Syed Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.
Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.
Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?
Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. "Ini semua angkara Kali. Kali ini," cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.
Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?
Memang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno - jika mereka cukup - boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.
Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.

Sunday, 9 March 2008

UNDURLAH PAK LAH!!!!!! (PART II)

By Bakri Musa, M.D
The academics will no doubt have their own voluminous analyses of this election, the most significant turning point in Malaysian politics. I wish only to highlight one positive and refreshing trend. This election saw all parties fielding many new and young candidates.

Any other political leader whose party had been so humiliated as UMNO was at this election would by now have tendered his or her resignation. Abdullah Badawi however, is slow on the uptake. He does not respond to subtle signals, even though there was nothing subtle about voters’ rejection of his leadership. The only way to get his attention would be to hit his thick skull with a two-by-four lumber, metaphorically speaking of course.

At a press conference early this morning he declared, “I don’t know who is being pressured (to step down), I’m not resigning.” At best, that reflects a leader totally out of touch with the harsh reality; at worse, the bravado of an idiot. With Abdullah, it is both.

If UMNO members do not complete what the voters had set out to do in this election – that is, get rid of Abdullah – then the next elections would be even uglier. If former UMNO leader and Prime Minister Mahathir was accurate in his assessment that the party can no longer be reformed from within ( a sentiment I share), then we are indeed watching the beginning of the end for UMNO. The implosion has begun.

Nothing is inevitable, however. This once proud party could indeed regain its luster and the citizens’ confidence if it were to thoroughly cleanse itself. As with a fish, the rot begins at the head. Chopped off the head, and unlike a fish, with a viable organization a fresh, unblemished head will emerge ready to take over, as with a hydra.

Fortunately the party has a chance to do this soon. Its Supreme Council members must move forward the party’s leadership conference that was postponed to this August. The council should also rescind its earlier “tradition” of there being no contest for its top posts. It should open up the process and loosen the rules. There is no need for a prospective candidate to line up support from umpteen divisions. To discourage frivolous candidates, institute the payment of deposits, as with the general elections.

Those two initiatives would immediately open up the field. UMNO could then preview more candidates instead of restricting itself to the same tired old faces. New faces of course would not guarantee change. We have already seen many young leaders in UMNO who are only too quick to learn and too eager to acquire the unsavory traits of their elders.

A New Dawn for Malaysia
As Anwar Ibrahim rightly observes, this election marks “a defining moment” in the history of the nation and the opening of “a new chapter.” It is indeed a new dawn for Malaysia, a pivotal point in its politics. He can say that with considerable authority. More than any other person, Anwar was responsible this remarkable reshaping of the Malaysian political landscape. Even though he was not allowed to contest this election, he campaigned actively.

He was also instrumental in aligning the opposition parties. Those parties also worked closely together in 1999 and 2004 elections, but without Anwar’s personal involvement they did not achieve much. Clearly the Anwar factor is real and remains formidable.

The academics will no doubt have their own voluminous analyses of this election, the most significant turning point in Malaysian politics. I wish only to highlight one positive and refreshing trend. This election saw all parties fielding many new and young candidates. Two young fresh talents deserve scrutiny for different reasons, but both reflect the greater political dynamics.
One is Nurrul Izzah, Anwar’s daughter who defeated Welfare Minister Shahrizat Jalil in the Lembah Pantai constituency which included the upscale community of Bangsar and the University of Malaya campus. Unlike many of her cabinet colleagues, Shahrizat was a competent minister. She also treated her novice political opponent civilly and with respect, rare among UMNO politicians. They have a penchant for demonizing their opponents.

Nurrul Izzah’s considerable talent (she after all has a graduate degree from Hopkins) and appeal aside, her victory reflects the waning support of UMNO among urban sophisticated voters.

On the other hand, the fate of another young candidate, Abdullah’ son-in-law Khairy Jamaluddin, provides an amusing contrast. A year or two earlier Khairy, using the “protection” of his father-in-law, managed to ascend to the number two position in UMNO Youth san a contest or election. This time he was catapulted to contest the hitherto safe rural parliamentary seat of Rembau. Despite being challenged by an unknown school teacher, Khairy managed only to squeak through. UMNO has problems even in the Malay heartland.

Obviously this Oxford graduate was attempting to ride on his father-in-law’s coattail, except that Khairy made the mistake of not recognizing that his father-in-law had no coattails; he was naked!

Non-Political Lessons From This Election
For Malaysians who rely on the mainstream media or who are guided by their opinion shapers, the results of this election would be a shocker. For those who follow the Internet however, this was exactly what we had expected.
While the pundits in the mainstream media were all wet in their prognostications – they all confidently predicted a return of Barisan’s supra-majority – Raja Petra of Malaysia-Today was spot on in his overall predictions. He also predicted a significantly reduced majority for Abdullah and a greatly enhanced one for Najib.

Mainstream media readers may not have heard of “Chegubard” Badrul Hisham Shaharin, Khairy’s political opponent in Rembau, but ‘Netizens are very familiar with him. They also contributed substantially towards his campaign. Had indelible ink been used on voters to prevent repeat voting and had the Elections Commission not have spare postal votes handy, Chegubard would have handily crushed Khairy.

Equally telling was that I had difficulty assessing both Malaysiakini and Malaysia-Today; their websites were swamped despite having multiple mirror sites. Even when the authorities suspended Malaysiakini’s website, it could still be accessed via its mirror sites elsewhere.

For another telling contrast, I had no problem at all downloading the mainstream media’s websites. In my hunger for news however, I readily settled for second best! This election is more than a repudiation of Abdullah Badawi. It is also a repudiation of the mainstream media and their pundits and journalists.
Doing away with Abdullah is much more doable task, not so with our incompetent sycophantic media. UMNO members must not shy away from doing the necessarily dirty task at hand, getting rid of its leader Abdullah Badawi. If they fail to do that, then Malays would not hesitate in getting rid of UMNO.
taken

from - Dr. Bakri Musa's blog http://www.bakrimusa.com/
I hope we would learn a lesson from what had happened to that idiot...It is sad to note that the bugger hasn't learned anything from BN's major defeat in some states...Orang Melayu panggil "bodoh sombong"..

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...