Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Kata-kata itu adalah penyambung maksud,
Pada ungkapan hati yang sering disalahertikan.,
Namun ada yang tersalah erti..
Bukan salah manusia itu punyai nafsu,
Kerna nafsu adalah penyedar kehidupan,
Bukan jua salah insan itu bermusuh,
Kerana ia akan mempelbagaikan ragam,
Namun kita sering tersilap,
Andai kita mengatakan bahawa kita itu penyambung iman,
Dan bukan calang iman itu disambungkan,
Pabila kita berkata-kata,
Kata-kata itu bisa memamah diri,
Maka berhatilah tika berbicara,
Namun bagai apa yang telah diperkatakan,
Kata-kata hanyalah butiran bicara,
Yang sering disalahertikan,
Kepada mereka,
Yang akalnya sejengkal sahaja..
30/01/08 – KTMB Headquarters, sempena mengingati perginya seorang insan penulis kata-kata, Loloq