JERANGKUNG DALAM ALMARI

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Sebelum meneruskan penulisan merepek ini, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden MCA yang baru YBhg. Datuk Seri Chua Soi Lek kerana telah berjaya menewaskan calon-calon Presiden yang lain iaitu YB Datuk Seri Ong Tee Keat dan YB Tan Sri Ong Ka Ting (I’ve to admit both Ongs have less Ong due to the defeated agony to Uncle Chua!)

Saya merasa agak janggal untuk memberikan pandangan mengenai politik kaum bukan Melayu. Ini bukanlah kerana saya bersifat chauvinist seperti parti tertentu kerana bagi saya biarlah pemerhati politik lain yang beri pendapat. Saya bukanlah pemerhati politik sepenuh masa! Pada masa yang sama, saya lebih berminat untuk memberikan pandangan tentang politik orang Melayu sahaja kerana ianya dekat di hati saya! Namun saya ingin menyuarakan secara peribadi, kekaguman saya dengan permainan politik orang Cina.

Ini pendapat peribadi saya. Dengan menyatakan demikian (or having said that!) ia tidaklah menidakkan kebijaksanaan politik kaum-kaum lain (mereka juga bijak, terutamanya politik orang Melayu yang ada masanya nampak sedikit politik keanak-anakkan!) tetapi keputusan pemilihan MCA baru-baru ini jelas menunjukkan percaturan politik kaum Cina ini cukup licik!

Semua sedia maklum bahawa Timbalan Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Liow Theong Lai merupakan pasangan regu kepada calon Presiden yang juga bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting. Manakala Datuk Seri Kong Cho Ha adalah pasangan regu Chua Soi Lek di dalam pertandingan merebut kerusi timbalan Presiden.

Dapatlah dilihat di sini ahli MCA mahukan satu perseimbangan di antara keduanya. Mereka tahu kekuatan dan kelemahan Tan Sri Ong Ka Ting namun tidak dapat menafikan kehebatan dan kelebihan Chua Soi Lek di dalam memperjuangkan isu kaum Cina. Harus diingat, pengaruh Ong Ka Ting masih lagi wujud di dalam MCA (Beliau kalah hanya beberapa undi sahaja, dibandingkan dengan Ong Tee Keat yang kalah teruk!) namun mereka tidak mahu MCA dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai pemimpin yang kitar semula! Mereka memilih Liow Theong Lai bagi saya mungkin sekadar ingin memastikan sentimen Ong Ka Ting tetap ada!

Ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap kepimpinan Chua Soi Lek yang dicemari oleh rakaman tertutup dvd lucah beliau. Pada saya, ianya satu isu yang non issue. Ini kerana kita melihat perkara ini daripada konteks budaya dan agama masing-masing. Sememangnya ianya adalah sesuatu perkara yang ditegah dan keji daripada aspek seorang Melayu Islam namun bagi masyarakat Cina, ianya satu kelaziman bagi sesetengah orang mempunyai perempuan simpanan atau mistress.

Dengan berkata demikian, bukanlah bererti saya memperkecil-kecilkan kaum Cina dan moral mereka namun bagi kaum Cina. Bagi mereka, “pandai makan pandailah simpan!”

Pemimpin MCA telahpun memilih ketua mereka. Mereka mungkin mempunyai rasional di dalam memilih Chua Soi Lek sebagai ketua mereka, yang mana hanya mereka sahaja yang tahu.

Kita yang berada di luar daripada parti tersebut, mungkin merasakan ianya sesuatu perkara yang janggal, memilih seorang ketua yang mempunyai moral yang tidak begitu menarik. Saya percaya, hampir suku atau mungkin setengah daripada ahli politik, baik daripada parti MCA, mahupun MIC dan UMNO mempunyai “jerangkung dalam almari”.

Mereka ini bernasib baik kerana tidak mengalami nasib seperti Chua Soi Lek. Lupakah kita dengan pepatah “Setiap kejayaan seorang lelaki itu sudah pasti berdiri seorang wanita dibelakangnya!” namun bagi saya, jatuh bangun seorang lelaki itu disebabkan oleh layanan dan bagaimana hubungan kita dengan wanita itu.

Ada yang berpendapat jika orang boleh menerima Chua Soi Lek, mengapa orang masih lagi menganggap pemimpin pembangkang (yang mempunyai masalah moral dua alam!) itu tidak boleh menjadi Perdana Menteri, suatu masa nanti?

Bagi saya, perbezaan antara dia dan Chua Soi Lek adalah seperti membandingkan seorang wanita dengan seorang wanita yang merupakan seorang lelaki (If you know what I meant!).

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan mengadakan pertemuan yang dijangka akan membincangkan tentang kedudukan Ong Tee Keat selaku menteri serta jawatan beberapa orang Menteri dari MCA yang kalah dalam pemilihan tersebut. Kita harus memahami dilema yang dihadapi Perdana Menteri.

Beliau saya jangkakan tidak akan melantik Chua Soi Lek sebagai Menteri semula. Pertama kerana beliau bukan seorang Ahli Parlimen dan kedua beliau tidak mahu menimbulkan sebarang implikasi jika memilih Chua Soi Lek sebagai menteri di dalam Kabinetnya.

Masyarakat kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang mempunyai masalah moral. Ini dilema utama Perdana Menteri. Beliau tidak mahu pembangkang menggunakan isu melantik Chua ke dalam kabinet dengan mengaitkan isu-isu moral dan sebagainya.

Apa yang pasti, dalam beberapa minggu yang mendatang ini arena politik tanahair kita sudah pasti akan menjadikan sesuatu yang menarik dan mendebarkan!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF