Wednesday 23 December 2009

ANAK TANJUNG

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah ini.

"Selamat Tuhan kurniakan, Selamat Pulau Pinang.. Negeriku yang Mulia ku Taat dan Setia, Aman dan Bahagia..."

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu negeri Pulau Pinang. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai masalah kepimpinan di negeri tersebut terutamanya mengenai tuntutan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zahid Hamidi. Isu ini telah menjadi terlalu hangat sehingga memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan supaya debat mengenai isu ini dihentikan segera.

Secara harfiahnya (Jose! What's that!), UMNO tidak harus membuat tuntutan sedemikian. Bukan di waktu ini, di saat ini ketika Barisan Nasional baru sahaja hendak bersatu semula selepas teruk dihenyak oleh Pakatan Rakyat. Solidariti (there you go again, Jose!) antara parti komponen itu lebih penting daripada pangkat dan sebagainya. Perlu diingat, Barisan Nasional ditolak oleh penduduk Pulau Pinang bukan kerana benci mereka terhadap parti tersebut.

Tetapi ia ditolak kerana beberapa faktor, antaranya faktor ekonomi, pemilihan calon yang tidak sesuai dan benci terhadap kepimpinan terdahulu. Oleh yang demikian, sekarang bukanlah masanya hendak mencari kesalahan dan menuding jari kerana kita sedia maklum, siapa dan apa punca kepada masalah ini.

Nadi dan jantung utama negeri Pulau Pinang, bukanlah di tanah besar seperti Seberang Perai, Permatang Pauh dan lain-lain, tetapi di pulau itu sendiri. Oleh yang demikian, walaupun UMNO menang besar (11 kerusi di kawasan tanah besar) namun hakikatnya yang menentukan halatuju negeri Pulau Pinang terletak di pulau itu sendiri.

Sebagai seorang anak Tanjung (There are alot of differences between people from the mainland and island!), saya benar-benar "masak" dengan tingkahlaku mereka yang berada di pulau. Kebanyakan daripada mereka yang rata-ratanya berketurunan Cina inginkan stabiliti daripada aspek ekonomi dan perniagaan. Itu satu hakikat.

Apa yang belaku pada tahun 2008 adalah sebaliknya. Kebetulan negara dilanda "kegawatan" ekonomi yang menyaksikan harga barang naik secara mendadak. Ini terutamanya harga minyak yang merupakan "darah" kepada perjalanan nadi ekonomi bagi para peniaga. Tambah buruk lagi ialah Perdana Menteri pada ketika itu (I don't think its necessary for me to mention his name) telah bertindak menaikkan harga minyak secara mendadak dan tanpa berfikir hasil chain reaction yang akan berlaku kepada kestabilan dan kelancaran ekonomi.

Selain daripada itu, beberapa faktor lain seperti kelemahan pentadbiran negara di bawah Perdana Menteri itu serta teguran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memburukkan lagi keadaan.

Pulau Pinang merupakan satu kawasan percaturan politik yang cukup unik. Pecahan penduduknya berdasarkan kawasan Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Selatan dan Tengah. Majoriti penduduk Pulau Pinang terbesar adalah kaum Cina, diikuti dengan kaum Melayu dan India.

Melayu di sini agak unik kerana majoritinya terdiri daripada kaum Melayu Jawi Peranakan (They are Mamak like you, me and the rest Jose!) dan sedikit yang berketurunan Jawa, Bugis, Acheh dan Bawean (Its Boyan, in plain Malay!).

Disebabkan itulah saya berpendapat Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu tidak peka dengan tuntutan yang dibuat beliau. Benar, orang Melayu tertindas di negeri ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan menukar pucuk kepimpinan negeri tersebut. Tiada apa yang mampu menyelesaikan masalah mereka melainkan perpaduan dikalangan mereka sendiri.

Masalah perebutan kuasa dan juga jaki dengki di kalangan mereka antara faktor dan penyumbang kepada mundurnya orang Melayu di sana. Seandainya orang-orang Melayu di sana bersatu hati dan mengenepikan perasaan tersebut, saya yakin mereka akan dapat mengatasikan masalah kemunduran mereka.

Saya melihat daripada aspek Melayu Pulau Pinang yang tinggal di pulau dan bukan Melayu di tanah besar kerana demografi yang berbeza, dari aspek keluasan tanah dan sebagainya.

Jika dilihat daripada awal dahulu lagi, penduduk Cina merupakan “king maker” kepada percaturan politik di Pulau Pinang. Kekalahan parti MCA (yang dahulunya merupakan parti dominan di sana) kepada parti Gerakan (back in 1969 they were in the opposition camp!) di dalam Pilihanraya Umum 1969, yang turut menyaksikan tercetusnya tragedi 13 May dan kemasukan parti tersebut ke dalam pakatan Perikatan (and later Barisan Nasional) itulah yang memungkinkan Barisan Nasional atau Gerakan menguasai Pulau Pinang.

Oleh itu, pemimpin yang bijak, cerdik dan peka akan memahami dan tahu pada masa bila dia harus bersuara, berdiam diri atau memalukan diri sendiri dengan melakukan perkara yang tidak diterima pakai.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection



No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...