Tuesday 3 June 2008

BERUANG HITAM 11

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Lampu di dalam auditorium gelap untuk beberapa saat. Fade in, muzik yang menyeramkan. Audiens mesti merasa cemas di dalam kegelapan ini dan mereka harus merasa gelisah untuk memahami keadaan tersebut. Lampu disco ball menyala, memaparkan cahaya yang amat mempersonakan!Muzik seram ini kemudian fade out. Fade in jeritan yang menyeramkan.
Lampu fade in. Fade out kesan bunyi.



Beruang hitam : Ha! Lu dengar itu? Itulah pendita, jeritan batin. Jeritan batin satu perasaan batu! Batu pun dah pandai. Pandai makan tuan.

Pendita : Aku dah lama tahu.(sindiran)Dah lama dah..

Beruang hitam : Kalau dah tahu, baguslah! Tapi buat macam lu tak tahu tahu ini, apasal?

Pendita : Manusia, satu bangsa makhluk Tuhan yang cukup unik, suka ditakutkan. Dan suka benda yang menakutkan!

Beruang hitam : Hold on! Tunggu. Tunggu.. Tunggu! Apa yang takut? Apa yang ditakutkan?

Lampu follow spot menghala ke arah pintu auditorium. Masuk watak yang seram. Mungkin seorang wanita, mungkin seorang lelaki berpakaian serba gelap. Matanya merah, rambut panjang hingga ke bawah. Seperti dirantai. Watak ini tertawa dan tawanya ini harus membangkitkan perasaan seram kepada audiens. Berjalan menuju ke atas pentas lalu menjerit dan mengilai. Berjalan keluar.


Pendita : Itu. Nampak itu? Itulah duit.. Duit!

Beruang hitam : Duit? Bukan yang ini?

Lampu follow spot ke arah wing kiri pentas. Keluar seorang lelaki kacak sambil diapit oleh dua orang gadis berpakaian yang sungguh mengiurkan. Sekadar berjalan di atas pentas dan bergerak ala cat walking. Terus menuju ke arah wing kanan pentas.

Pendita : Itu? Itu adalah tadi. Tadi yang menyeramkan! Pada mereka yang tahu..

Beruang hitam : Lu tahu tak pendita, selagi lu bercakap, selagi itulah audiens tak faham dengan tutur cerita lu. Lu dah sesat, sesesat cerita ni!

Pendita : (Soliloquy) Masih belum dapat baca ayat di antara ayat rupanya, orang muda ni. Mengaku baru tapi lama.

Beruang hitam : (Aside) There he goes again!

Pendita : Sebelum bercerita panjang, ingin benar aku khabarkan kepada kau, wahai beruang hitam yang sesat, lagi menyesatkan. Ini satu iktibar. Orang baik, akan jadi jahat bila yang jahat mendominasikan yang baik. Dan yang jahat boleh menjadi baik bila yang jahat disalahertikan dan dianggap baik. Faham tak? Kejahatan dilakukan semata-mata untuk menjadi baik. The end justify by means..

Beruang hitam : (Kebingungan) yang jahat...yang baik..(berjalan mundar mandir) tidak..oh! Tak mungkin. Tak mungkin!

Pendita : Mudah. Mudah sangat. Cuba fikirkan begini. Aku bagi contoh watak seorang manusia ni. (Kepada audiens) Extras please!

Muncul beberapa watak orang lelaki. Dalam lingkungan usia 20an, 30an dan 50an. Berdiri di atas pentas dan beratur seperti dalam kawat cam. Masing-masing mempunyai tag nombor masing-masing, persis orang dalam kawat cam juga! Nombor 20an, 30an dan 50an.


Pendita : Manusia itu punya retorik! Memang kaya dengan retorik! Semasa mula mengenali hidup, apa yang dia nampak, lurus dan kelurusan semata. (Lelaki bernombor 20an berjalan turun ke arah audiens seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba mengeluarkan buku catitan sambil memakai reading glasses dan mencatit sesuatu.) Dia anggap dunia ini sempurna, sempurnanya sama macam garisan di dalam garisan. Sayangnya, dalam dunia ni, tak ada yang lurus! Huruf alif pun tak lurus!

Beruang hitam : Hek eleh! Apa guna Pendita? Kalau lurus itu jadi bahan ukuran? Ini, ini cerita gua pulak. Untuk makluman, ini idea saya. (Lelaki bernombor 30an tampil ke hadapan pentas. Berjalan persis cat walk. Dengan penuh megah, riak dan bongkak) Lu, lu lupa..Dalam hidup Pendita, kita kena selalu realistik. Kalau tak realistik, makan nasi dalam bungkusan plastik la brother! Tengok ini hah! (Sambil menunjukkan ke arah watak lelaki bernombor 30an) Kena ada gaya. Kena berjalan penuh buoyancy. Biar dalam tak ada isi, tapi yang penting kulit! Sekarang, kulit manggis pun dah boleh makan! Bukan saja boleh makan, dijadikan jus, sabun! (Tertawa) (Watak lelaki bernombor 30an berjalan menuju terus ke arah tempat duduk audiens dan duduk bersama mereka)

Pendita : Manusia, ada karma.. Ada kitaran hidup. Yang muda menjadi tua dan langsung, menjadi muda. (Kepada audiens) Kata orang, syurga didiami orang-orang muda. Tapi, sebelum masuk syurga, kenalah basuh kaki. Fasal kaki dah bertahun berjalan-jalan atas wajah dunia. Memijak muka bumi yang tak pasti. (Watak lelaki bernombor 50an berjalan ke pentas utama. Berwajah sedih) Ada yang tak sempat mencium nikmat Tuhan. Ada juga yang terlupa, bagaimana wajah Tuhan. Itu belum lagi yang tahu, nama-nama Tuhan. Takut, kalau nama Tuhan-Tuhan saja yang dia ingat!

Beruang hitam : Tuhan? Kata Nietzche, (mengajuk) Yes, ladies and gentlemen. God is dead. God is dead, long time ago! I’m quite agreed with what he’d said. Tuhan dah lama mati. Masakan tidak, sekarang, dah ada dua agama. Dulu ada satu, sekarang ada dua. Yang mana nak diikut? Yang dah baru, diretorikkan dengan nama-nama pelbagai. Nonsense!

Pendita : Itu..Itu transformasi. Sebahagian dari transformasi pemikiran kot...Sekarang, kot pun dah berlubang. Hilang seri!

Beruang hitam : Nah, lu pun setuju kalau gua cakap, manusia dah bertuhankan lebih dari satu tuhan. You named it, we have it! Dulu ada satu, sekarang dah bercambah!

Pendita : Takut ya? Itu belum dikira Tuhan segala Tuhan!
bersambung...

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...