BERUANG HITAM 7

Pendita : (Meninggikan suara) Ada dua pendekar yang bertempur, satu...kerisnya semakin tumpul, yang lagi satu, dua, keluarganya makin hancur (kepada penonton) yang mana menyedihkan? Anda sebagai penonton, tilik dan nilailah yang mana satu kerugian yang teramat.

Muzik fade out. Beruang hitam berhenti menjerit lalu berjalan ke atas pentas. Lampu follow spot. Beruang hitam berdiri di atas platform.

Beruang hitam : (Kepada audiens) Murid-murid. Satu campur satu, satu. Betul? Salah? Kenapa salah? Dulu, satu itu kuat, kemudian di dalam satu itu wujud satu yang lagi satu. Satu ini bergerak, jauh lagi jauh. Jauh tu! Meninggalkan satu ini. Satu masa kemudian, satu ini mula fikir balik. Katanya, satu yang lagi satu itu, perlu disatukan. Dalam satu itu, ada yang kata satu yang lagi satu itu sasau, nyanyuk. Gila..Tapi sekarang, tengok? Siapa yang gila?

Pendita : Lupa itukan adalah nama kedua manusia? Bukankah dulu, satu itu adalah segalanya? Langit dan bumi itu satu, nyawa dan badan itu satu, sebelum datangnya nafsu, nafsu menjadi satu dengan badan.

Beruang hitam : Ah...Itu, gua lupa nak sentuh.


Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE