BERUANG HITAM 5

Beruang hitam : Loh...Pak Tua ni yang terkejut, tak sangka Pak Tua tu nak jerit-jerit! Pak Tua tu pun dah janji termeterai..Katanya, (Mengajuk) Saya berjanji, tidak akan memijak bumi bertuah ini. Saya jugak tidak akan menyebut sebarang perkara mengenai janji-janji dulu!

Pendita : Diam bukan bererti bodoh, walau hakikatnya kebodohan itu jelas terpampang. Tapi bila Pak Tu tu bersuara, itu bukan bermaksud dia membenci. Tapi dia menyayangi. Menyayangi...

Beruang hitam : (Memotong cakap Pendita sambil berlagu) Kasih sayang, wahai intan, sudah terperi, bicara hati wahai sayang, tiadalah bererti..Apa erti kata sayang tiada bukti, apa maksud rasa cinta, kasih sudah tiada lagi...

Pendita : (Aside) Kalaulah insan ini nampak.. Dia pasti akan sedar, bintang telah pun naik kelangit, mimpi telah pun bertolak dari dataran realiti, awan telah pun sampai kepuncak angkasa, cuma..apakan daya, hanya harapan jatuh ke tanah!

Pentas gelap. Muzik. Nyanyian pilu seorang kanak-kanak disusuli dengan bunyi alat muzik harp. Lampu follow spot. Kelihatan Beruang hitam memakai skirt penari ballet sambil menari-nari di atas pentas. Pendita hanya duduk memerhatikan di kawasan audiens. Muzik fade out.

Pendita : Maka, kecundanglah sudah harapan dari seorang manusia kepada manusia yang lagi satu.

Beruang hitam : (Berhenti menari dan bergerak kearah Pendita) Apahal? Lu cemburu sebab gua penari hebat? Lu mau tarian apa? Tango, Flamenco, Dangdut? Semua gua tarikan. Bukan tu saja, lidah gua pun pandai berdansa!

Pendita : (Sindir) Yelah, tarian apa yang lu tak pandai? Semua pun boleh? Tari erotik menggadai bangsa tu, lagi lu pandai kan?

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE