DEMI TUA DAN MUDA..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


TUA : Aku tak sihat

MUDA : Tanda kau dah dekat..

TUA : Memang, aku dekat! Dekat dengan waktu dan keadaan,

MUDA : Siapa cakap?

TUA : Keadaan..

MUDA : Kau lupa, aku sebahagian daripada waktu dan keadaan, aku adalah waktu dan keadaan!

TUA : Kau jual waktu, kau jual keadaan..

MUDA : Persepsi, itu semua persepsi.

TUA : Tapi, keadaan tak mencerminkan sebaliknya!

MUDA : Itu dah pun menunjukkan, kau dah tua…dah hampir waktu tahajud!

TUA : Tapi tidak secuai engkau!

MUDA : Cuai?

TUA : Kau relakan zaman mengambil semua!

MUDA : Itu khabar angin..khabar angin.

TUA : Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang tahu.

Maka Muda terus hilang dalam kemudaannya dan hanyut dalam keadaan…


15 Mei 2007, Damansara


Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF