Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

AQALKALAYUDA 1

Imej
Betul.
Nak dikatakan saya orang Tanjung disebabkan saya dilahirkan di Pulau Pinang, boleh juga. Atas faktor dilahirkan di situ. Tapi saya memilih untuk tidak merasakan sedemikian. Sebab sentimen anak Tanjung itu tiada dalam kedua-dua ibu bapa saya!
Ayah saya, Ahmad Faisal bin Haji Hussein dilahirkan di suatu daerah di bahagian Utara Perak, dipanggil Sungai Bayor, Selama Perak. Mengikut sejarah, kawasan tersebut adalah sebahagian daripada kawasan yang didiami oleh orang Melayu yang berasal dari Pattani, salah satu kawasan yang terletak di Selatan Thai. Orang Melayu Pattani yang berasal dari Selatan Thai ini telah melarikan diri ke Tanah Melayu akibat konflik yang melanda antara kerajaan Siam dan kerajaan Pattani dek kerana usaha untuk campur tangan oleh Kerajaan Siam dalam taktik pecah dan perintah ke atas kerajaan Pattani.
Mereka cuba hendak memecahbelahkan Pattani kepada 7 daerah kecil yang setiap satu daripadanya diperintah oleh ketua yang dilantik oleh Kerajaan Siam. Selain daripada s…

SIAPA AQALKALAYUDA - PRAKATA

"Anak Melayu berjalan segak, Dicuri pandang si dara Cina, Perjalananku hanya sejenak, Namun persepsiku tak kurang nilainya”
Itulah simpulan kata yang boleh saya nyatakan tentang kisah hidup saya yang tidak seberapa.
Mungkin ada nilainya kepada mereka yang ingin mengetahui tentang siapa diri saya. Tapi, apakah saya ini siapa-siapa? Barangkali saya sendiri yang merasakan saya ini siapa-siapa!
Ketika saya mula menulis autobiografi semi ini, saya hanyalah seorang insan yang tiada apa-apa. 
Dari seorang yang tiada apa-apa, diberikan kepercayaan menjadi pegawai kepada seorang tokoh yang punyai segala apa. Masakan tidak, saya telah dipilih menjadi SUSK (Setiausaha Sulit Kanan) kepada Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, yang tarafnya masih seakan seorang Menteri Kabinet! Begitulah hebatnya aura tokoh tersebut. Kata orang, singa yang tua masih tetap bisa mengaum. Dan ngaumannya masih bisa menggegarkan gempita!
Tokoh tersebut juga bukanlah calang-calang orangnya. Seorang yang memakai banya…