Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.
Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.
Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.
Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua me…

KEMBALI

Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers (yang kini menjadi spesis terancam dek kemajuan teknologi dalam dunia komunikasi, dewasa ini) dan pembaca blog separa hidup ini!
Selepas menyemak kembali sejarah "posting" blog ini, harus saya akur bahawasanya sudah hampir 5 tahun blog ini tidak menerima "santapan minda" saya.
5 tahun adalah suatu jangkamasa yang cukup panjang. Pelbagai perkara telah berlalu di bawah sungai masa. Kematangan seseorang juga boleh merubah sepanjang tempoh itu. Dan harus diingat bahawsanya juga, jika melihat dari aspek demokrasi juga, 5 tahun itu jugalah boleh menentukan sesuatu jangka hayat sesuatu pemerintahan. Tapi kita tolak ketepi aspek-aspek itu semua.
Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah saya akan cuba untuk menulis dan menulis kembali. Dan kali ini juga saya akan cuba merubah stail penulisan saya. Jika 5 tahun dahulu kaedah penulisan saya lebih kepada pendekatan "suka hati akulah, ini blog aku!", namun seperti …