Monday 24 September 2012

PERPADUAN SESAMA KITA



Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!


Secara amnya, mungkin ramai yang mulai sedar betapa saya semakin malas hendak menulis. Gerak hati untuk menulis hanya akan tergerak apabila ada cerita-cerita menarik atau isu-isu yang berbangkit yang memerlukan saya untuk membuat penilaian peribadi (Well, Jose as mentioned numerous times, this blog is created merely to fulfill this writer's personal indulgence!).

Dan kali ini, saya tergerak untuk menulis mengenai perpaduan antara Melayu, satu subjek yang amat membimbangkan buat kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila ianya diperkatakan maka mulalah kedengaran suara-suara yang memperkatakan mengenai betapa kita harus bersatu tanpa mengira bangsa dan bersama sebagai bangsa Malaysia.

Ironinya, kumpulan ini jugalah yang menolak dan membangkang sekeras-kerasnya gagasan 1Malaysia!

PAS dan UMNO, sebuah parti yang berasaskan antara perjuangan berdasarkan nasionalisme dan Islam rata-rata mempunyai ahli dari masyarakat Melayu dan Bumiputra dari Sabah, masyarakat Siam dan lain-lain. Namun tunjang dan asasnya tidak lari dan tidak bukan, berteraskan kepada Bumiputra.

Apabila UMNO dan PAS, sama-sama mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Islam di dua lokasi berbeza; satu di Masjid Kampong Bharu yang diketuai oleh UMNO dan satu lagi di Kedutaan AS oleh PAS, ramai yang memandangnya sebagai salah satu perkara positif yang perlu dikekalkan momentumnya sehingga ke pilihanraya 13!

Saya melihat perpaduan ini dari aspek dan sudut yang lebih kritis. 

Jika dilihat secara teliti, parti UMNO berlandaskan kepada Nasionalisme yang meletakkan survival bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai asas perjuangannya manakala PAS menjadikan Islam sebagai teras utama perjuangannya, satu fakta yang rasanya bukan satu perkara asing bagi semua.

Namun, secara hakikat dan hakikinya PAS memerlukan UMNO dan UMNO memerlukan PAS untuk terus kekal dan relevan di dalam arus politik perdana. 

Saya merasakan jika perpaduan ini diteruskan dan dikekalkan, nescaya bukan sahaja bangsa Melayu akan menjadi lebih kuat dan kukuh dari segi mental dan iltizamnya, malah agama Islam, yang menjadi teras kepada bangsa Melayu akan lebih menjadi dihormati dan tidak mungkin akan mudah diperlekehkan, seperti mana yang sedang berlaku sekarang!

Salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya di dalam diri ini ialah, sejurus selepas tersebarnya filem Innocence of Islam di dalam You Tube (You're too late Jose! They've already banned the clip from You Tube!), muncul pula isu karikatur Nabi Mohamad dimomokkan oleh seorang kartunis Barat.

Apakah UMNO dan PAS akan turun sekali lagi untuk sama-sama memprotes perkara ini? 

Saya berharap begitulah..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.



SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...