Friday 13 January 2012

DEFINISI SEBENAR RAKYAT HAKIM NEGARA


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Harap saya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog ini dan juga kepada semua yang berada di dalam blogosphere ini.

Hampir 2 bulan, 2 bulan saya tidak menghantar sebarang tulisan ke blog ini. Pertama kerana saya “mati akal”… Ya, kadangkala “Aqalkalayuda” boleh menghadapi “mental block”. Kedua, saya mendapat kecederaan “shoulder dislocation”. Noktah.

Apa yang menimpa kepada diri saya ini tidak penting. Yang penting ialah apa yang berlaku disekeliling kita.

Maaf jika saya tidak dapat menahan diri saya dari membicarakan tentang isu panas, iaitu isu si polan dibebaskan dari tuduhan membuat perkara sumbang secara songsang.

Maka dengan wajah ceria, si polan ini pun berjalan keluar mahkamah sebagai seorang yang bebas. Betulkah?

Menurut cerita di sini mangsa kepada si polan itu akan membuat rayuan supaya keputusan mahkamah ini perlu dipertimbangkan semula.

Ini yang menjadikan cerita  ini menjadi menarik.

Jika sebelum itu, si polan boleh membuat rayuan supaya kesnya ditangguhkan sebanyak hampir 56 kali. Ironinya, ada pihak membuat kenyataan bahawa mangsa kepada si polan itu tidka perlu membuat rayuan kerana menghormati keputusan hakim, seperti yang dinyatakan di sini.

Maka kedengaranlah suara-suara sumbang menjerit dan melaungkan slogan “fetish” seandainya si polan itu didapati bersalah. Namun apabila si polan didapati tidak bersalah, keadilan di negara ini lebih bebas dan adil.

Apakah system kehakiman negara berlandaskan semata-mata kepada si polan itu sahaja? Undang-undang negara ini adil jika si polan didapati tidak bersalah dan tidak adil jika si polan didapati bersalah. Ini yang dikatakan “double standard”.

Memandangkan mereka diseberang sana telahpun mengungkapkan istilah “Rakyat Hakim Negara”, tugas pasukan media baru dari pihak Kerajaan mahupun parti pemerintah perlu mempergiatkan usaha menyiar dan membongkar sifat sebenar si polan ini supaya rakyat benar-benar boleh menentukan apakah si polan ini layak untuk memimpin negara Malaysia yang disayangi ini.

Dan keputusan itu boleh diterjemahkan menerusi undi menerusi Pilihanraya ke-13.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...