JALINAN EKONOMI ANTARABANGSA DI MALAYSIA


Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Hampir sebulan lebih rasanya saya tidak menaikkan sebarang tulisan “syok sendiri” ke dalam blog ini. Dan selama sebulan itu jugalah, pelbagai cerita pahit manis yang telah berlalu di bawah arus masa. Kisah panas seorang ahli politik yang kian hampir menjejakkan kaki ke pintu “keinsafan”, kisah filem yang dihasilkan seorang pengkarya celupar dan telah mendapat “acknowledgement” dari YAB Perdana Menteri dan lain-lain tidak akan ditulis di dalam blog ini.

Ini kerana semua sedia maklum bahawa saya tidak minat untuk menulis cerita-cerita berbentuk sensasi kerana banyak blog lain yang telah menulis tentangnya. Blog ini tidak terlalu mengambil berat tentang hits yang dicapai kerana semakin popular blog tertentu, bertambah berat tanggungjawab dan amanah sang penulis. Apabila seorang itu mula popular dari segi bahan bacaan yang dibaca, dianya perlu menulis dengan objektiviti namun sayangnya tak ramai punyai kesedaran sedemikian. Ada cerita yang tiada, diadakan dan begitu juga sebaliknya!

Saya selesa dengan jumlah pengunjung blog ini, yang berjumlah sekitar 100,000 lebih dan tidak merasa risau jika blog ini tidak mencapai 1,000,000 hits!

Cerita pokok. Dalam kesibukan kita mencari bahan-bahan sensasi, baik dari cerita-cerita politik mahupun mengenai artis tempatan, kita langsung tidak mahu mencari peluang untuk menaikkan taraf kehidupan kita, baik dari aspek ekonomi mahupun spiritual.

Kesan kenaikan harga barang yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, tidak pernah menginsafkan kita. Malah kita meminta supaya pihak pemerintah memberikan lebih banyak subsidi bagi menampung kesan sedemikian! Semuanya gara-gara keinginan kita untuk terus hidup selesa di dalam keadaan yang serba tidak selesa!

Benar, kita perlu mengubahsuai cara hidup kita demi menyesuaikan kepada keadaan semasa namun ia tidaklah sehingga menampakkan gesaan itu persis tidak masuk akal, seperti menaiki basikal ke tempat kerja dan lain-lain. Berbalik kepada mencari cul-de-sac demi meningkatkan taraf kehidupan kita di dalam keadaan semasa, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan cadangan beliau di sini . Mengapakah rakyat (baca peniaga, usahawan) tidak mahu bersungguh-sungguh mencari rakan kongsi dari negara Asia Barat, atau mungkin dari negara Timur Tengah untuk menjalinkan perkongsian ekonomi?

Secara jujurnya, negara Amerika Syarikat (A.S) bukan lagi negara alternative baik bagi menjalinkan pasaran ekonomi semasa. Dengan hutang negara mereka yang mencecah AS1 trillion dolar, negara itu mungkin akan lebur dalam lautan ekonomi, kalau bukan sekarang mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun atau mungkin 40 tahun lagi.

Saya menjangkakan pada masa itu, kebangkitan negara-negara Asia seperti China, Jepun, Korea (yang semakin mendapat sambutan dengan telefon pintar Samsung Galaxynya!), malah India sendiri akan menenggelamkan negara-negara Barat sendiri!

Rakyat Malaysia seharusnya merasa untung kerana kebanjiran kemasukan “pendatang-pendatang”, baik yang halal mahupun yang haram ke Malaysia ini membuka ruang untuk kita mengadakan kerjasama ekonomi sesama mereka.

Di sini, rakyat Malaysia mempunyai pilihan, samada untuk mengadakan perniagaan bersama orang Afrika, Arab, China, India, Nepal, Thailand dan lain-lain lagi!

Mungkin sikap dan persepsi kita terhadap mereka mengatasi segalanya, namun di sinilah letaknya kebijaksanaan kita untuk mencari lawan dan kawan! Adalah tidak masuk akal jika seorang lelaki dari Lebanon, mempunyai warung menjual kebab di Subang Jaya (there are few kebab parlour located near to Carrefour in Subang Jaya, Jose!) atau seorang “brother” dari Afrika membuka warung di sekitar Pasar Seni yang menjual barang-barang authentic yang dibawa dari negara asalnya!

Kita boleh mengajak mereka untuk turut menjadi rakan kongsi kita dan melabur di dalam kedai mereka.

Namun harus diingat, kita juga perlu bijak mencari antara intan dan permata kerana saya bimbang kalau-kalau di akhir cerita kita menjadi mangsa kepada sindiket perdagangan orang dan akhirnya menjadi orang buruan pihak polis atau FBI!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF