VIDEO

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.

Hari ini, setelah hampir berminggu – minggu saya “terduduk” dan “terperosok” disebabkan oleh “mental block”, saya cuba untuk menulis kembali dan mengulas sedikit mengenai perkara-perkara yang telah berlaku sejak dua menjak di dalam ruang media lama lapok dan media cyber ini.

Ada beberapa blog pro BN telah berjaya memperolehi video lucah lakonan pemimpin tertentu dari kem pembangkang. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat blogger seperti Papa Gomo, Gelombang Rakyat, The Unspinners dan beberapa blog-blog lain yang berjaya membongkar misteri video 3T ini!

Dalam meraikan “kegembiraan” ini, saya tertawa sedikit dengan media tua (baca media arus perdana) yang tanpa segan silu meletakkan link blog Papa Gomo bagi menunjukkan sumber berita yang diperolehi. Lucunya kerana sebelum ini, ada seorang Menteri dari regim terdahulu (yang pasti bukan dari regim Tun Dr Mahathir) mengatakan bahawa blogger adalah kumpulan loser, tak mempunyai kredibiliti dan lain-lain cacian dan maki hamun yang selayaknya dilemparkan kepada blogger. 


Salah satu sebab mengapa Perdana Menteri sebelum ini kalah teruk dan terus tenggelam ditelan pasir masa (my GOd! Such a poetic writeup wannabe!) ialah kerana beliau tidak mengiktiraf peranan media baru dan tidak begitu mengambil tahu tentang kepentingan dan sumbangan mereka kepada masyarakat!

Apabila YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak menggantikan Perdana Menteri sebelum ini, beliau bingkas dan tangkas mengambil inisiatif dengan menjalinkan hubungan mesra dengan kumpulan blogger tersebut. Secara tidak langsung peranan blogger mendapat pengiktirafan selayaknya apabila YAB Perdana Menteri sendiri meraikan bloggers di dalam beberapa majlis yang dianjurkan oleh pihak-pihak blogger.

Kembali kepada cerita pokok.

Tidak dapat tidak, sensasi video sensasi (berapa banyak sensasi, Jose!?) seks pemimpin tertentu itu telah menjadi buah mulut dan tajuk utama di dalam hampir kesemua blog-blog yang menyokong BN/Kerajaan.

 Namun, kepada mereka yang “teringin” untuk menonton video tersebut, anda tidak mungkin akan dapat menontonnya di sini kerana saya berpendapat, biarlah blog saya bebas dari sebarang cerita-cerita sensasi politik atau lain-lain dan saya lebih selesa menulis berdasarkan apa yang saya rasa dan nampak, menerusi kanta mata saya (yang kebetulan memakai cermin mata murah berharga RM200, Jose!).

Namun, ini bukan bererti saya bersikap simpatisan terhadap si pelaku itu. Tidak, malah saya merasakan ianya perlu didedahkan bagi membuktikan bahawa masih ada Musang Berbulu Ayam dan pendita, ulama serta pemikir pseudo yang wujud di dalam masyarakat kita. Si pelaku itu contoh klasik di dalam perkara ini.

Cuma, saya merasakan bahawa pendedahan itu perlulah dihentikan setakat di sini sahaja dan tidak perlulah diulang-ulang berkali-kali kerana terdapat banyak risiko di dalam melakukan perkara sedemikian.

Masyarakat Malaysia merupakan kelompok masyarakat yang agak unik sedikit. Ada kalanya kebencian boleh bertukar menjadi simpati dan begitu juga sebaliknya. Dengan mengulang tayang video sang pelaku itu di dalam blog-blog tertentu, khususnya menerusi blog pro Kerajaan, ia akan mencerminkan satu paten atau corak yang sama digunakan oleh puak yang lagi satu (baca pembangkang).

Sepatutnya blog-blog yang tertentu harus pula membuat analisis secara ilmiah dan akademik, termasuk menyatakan hujah-hujah yang kuat mengiakan bahawa sang pelaku itu adalah sang pelaku yang dimaksudkan di dalam blog-blog tertentu.

Benar, kebenaran itu harus diulang tayang tetapi kadangkala kebenaran itu boleh memakan diri kerana masyarakat kita masih lagi berteraskan kepada tunjang agama dan adat dan saya bimbang jika pendedahan ini akan menjadi satu isu yang akan dibawa oleh pembangkang, khususnya hujah-hujah berhubung keaiban.

Saya rasa sudah sampai masanya taktik pendekatan yang digunakan beralih kepada soal-soal yang bersifat analitikal, khususnya kepada sikap dan perangai sang pelaku, sejak dianya tergolong di dalam kumpulan radikal, membawa kepada golongan establishment dan berakhir kepada golongan kiri.

Ini bagi membuktikan bahawa Malaysia belum bersedia menerima seorang pemimpin yang bukan sahaja mempunyai latarbelakang yang kurang baik, selanjutnya seorang pejuang yang mempunyai halatuju dan matlamat perjuangan yang persis sesumpah, berubah mengikut keadaan.

Seorang pejuang sejati akan tetapi konsisten dengan apa yang diperjuangkan.
Itulah baru kena dengan falsafah “lawan tetap lawan”.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Baru perasan vid tak laku ker?
Gelombang Rakyat berkata…
Salam...

WOW.. u r a good writer... and the word that u use it's show how intellegent u are.. And I guest u can teach me how to make a good and strong article like u..

Aku respect penulisan kau bro..

Salam Perkenalan.. :-)

By the way.. aku da linkkan blog kau di blog aku.. Salam Perjuangan...


Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/
The Eugenist berkata…
Gelombang Rakyat;

salam perjuangan kebenaran..

Terima kasih kerana sudi linked blog aku ke blog hang.. Terharu rasanya..

Aku tak ler terrer sangat menulis, cuma bila menulis aku mengikut deria keliling, apa yang orang nak baca dan apa yang perlu aku cerita.. Itu jer cara penulisan aku. Heheheh..

Teringat lagu Ramli Sarip; "Aku menulis bukan kerna nama..."
opisboi berkata…
hahahahaha!

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF