Friday 27 May 2011

SEMANGAT SENIMAN DI DALAM P. RAMLEE

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog "syok sendiri" dan "poyo" ini.

Dalam kesibukan dengan urusan harian dan masalah berganda yang dihadapi oleh setiap insan di Malaysia, mungkin ada di antara kita yang tidak menyedari bahawa pada 29 Mei 2011 ini, genaplah 38 tahun Allahyarham Tan Sri (Dr) P. Ramlee pergi meninggalkan kita dan berhijrah ke negeri hakiki.

Pelbagai acara telah dirancangkan oleh semua pihak, samada menerusi agensi swasta mahupun Kerajaan di dalam memperingati Allahyarham. Ada yang menganjurkan majlis bacaan tahlil dan ada pula yang menyambutnya secara sekular (naughtily borrowing the other camp's favourite terminology, Jose!) dengan mengadakan majlis kesenian dan sebagainya.

Sebelum meneruskan penulisan ini, saya ingin memaklumkan terlebih dahulu bahawa saya sekarang sedang switch kepada mode Government officer; yang demikian penulisan saya akan menjadi serius sedikit!

Pihak KPKK (for those who are still in the wilderness, the acronym stands for that of Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan!) sendiri akan memulakan bulan sambutan Hari Seniman pada tahun ini dengan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Seniman yang akan diadakan pada Ahad, 29 Mei 2011, bertempat di Kompleks Kraftangan Jalan Conlay dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.

Pelbagai acara menarik telah dirancangkan sepanjang bulan Jun, yang meliputi pertandingan, bengkel dan lain-lain.

Apa yang menarik pada sambutan kali ini ialah kesederhanaan yang ditonjolkan yang mana sebarang unsur bersifat protokol dan formaliti akan diketepikan! Sesiapa sahaja boleh datang dan turut bersama menyertai majlis ini!

And now I'm back in my original mode, Jose!

Mungkin ramai yang merasa hairan, mengapakah tiap kali Sambutan Hari Seniman diadakan, nama Allahyarham P. Ramlee diangkat menjadi ikon dan mengenepikan tokoh-tokoh seniman yang lain. Saya melihatnya dari sudut yang cukup mudah.

Allahyarham menjadi penggerak atau catalyst kepada unsur-unsur kesenimanan yang lain. Beliau menyatupadukan unsur muzik, catan, penulisan, lakonan, kraf, nyanyian menjadi satu dan menghidangkannya di dalam bentuk visual seperti filem.

Sifat pengkaryaan yang beliau hasilkan dianggap memenuhi kehendak seni popular (pop art) yang mana semua masyarakat boleh menerimanya. Ramai yang mempelajari sesuatu daripadanya dan mengambil iktibar darinya.

Dengan hanya mengangkat nama P. Ramlee sahaja, bukanlah bererti medium seni yang lain tidak mendapat tempat. Tidak. 

Cuma keberkesanan P. Ramlee menjadi "jurucakap" seniman-seniman lain dilihat lebih menepati kehendak popular culture. Sesiapa sahaja mengenali Allahyarham namun tak ramai yang begitu mengenali siapa itu Datuk Noordin Hassan (Sasterawan Negara, teater), Latif Mohiddin (pelukis yang terkenal dengan siri Pogo-Pogonya!, tokoh dalang Allahyarham Awang Baju Merah (no Jose, he does not belong to the IPF party whose official colour for it attire is red!), penulis Keris Mas, Pak Sako dan lain-lain lagi. 

Tidak dapat tidak, hanya mereka yang mendalami (or in other words, ulama) bidang-bidang seni masing-masing yang kenal akan tokoh-tokoh disebut di atas. Namun kepada masyarakat umum, secara harfiahnya mereka hanya mengenali P. Ramlee.

Oleh yang demikian, Hari Seniman ini bukanlah sekadar mengagungi Allahyarham semata sebaliknya kesemua tokoh-tokoh seniman di dalam bidang masing-masing digabung dan semangat mereka dijelmakan menerusi semangat populariti Allahyarham!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...