Tuesday 29 June 2010

CAUGHT IN THE WORLD OF HALAL AND HARAM

by - Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this self proclaimed blog!

The Government had finally decided not to legalize sports gambling and will stick to its decision to do so.

Likewise, this decision has indeed given more opportunities to the underworld bookies to pursue their activities.

As reported here in the newspaper millions of ringgit had been spent by punters, either through the regular practice (that is placing bets with friends, foe or likewise Jose!) or the online process.

The Government is caught in a catch 22 situation in regards to this. We have to admit to the fact that the underworld gamblers have won hands down this time around and they are now free to roam around both the analogue and cyber world making arrangement and organizing bets without having a license to operate such businesses!

Then again, there is always a flip side of the coin (no Jose, I was not making any dear reference to the flip-flopping episode of this country!). A minister had announced here  that all of the income tax collected from the “non halal” resources will then be channeled into a special account.

It is quite puzzling to think that we now have two separate avenues for our income; the halal and the non halal.

Wouldn’t it be a bit peculiar to have that? We are fully aware  that in the end, all of the resources will go back to us through development financing and we cannot expect to have differences between the halal and the non halal consumers as this will lead to calamity and dislodge the Government’s intention of creating unity amongst us through the Spirit of 1 Malaysia!

The Government should legalized sports gambling, provided at the same time they also need to emphasize the importance in  educating the masses on the negative impact of gambling than to engage in an endless debate.

It is quite hilarious to hear all sorts of arguments from the context of halal and haram from the scholars when we know that some of them have their hands in doing haram things?

For instance, don’t you think that smoking, telling lies and spreading wild accusations on another Muslims are considered haram, looking from Islam’s point of view?

I rest my case.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.



Saturday 26 June 2010

DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN DAN 40 ORANG ULAMA!

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Sejak kebelakangan ini, parti UMNO mula mendekati golongan agamawan (atau ulama, Jose!) dan sejarah terbaru tercipta apabila beberapa orang golongan ulama dari universiti dan beberapa tempat lain mengambil keputusan untuk menyertai UMNO dan Presiden parti itu sendiri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Abd Razak sendiri menerima borang penyertaan ulama tersebut.

Semasa Dato' Seri Najib mula menjadi Perdana Menteri, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bertindak menghadiri perhimpunan golongan tabligh terbesar di Kuala Lumpur! Sejarah tercipta apabila beliau menjadi Presiden UMNO pertama berbuat demikian!

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sesiapapun boleh menyertai UMNO, tetapi perlu diingat apakah penyertaan mereka ini boleh mendatangkan pembaharuan yang diharapkan? Saya bimbang jika masih ada orang mempunyai tanggapan, menyertai UMNO persis memperolehi tiket untuk kesenangan!

Bukanlah niat saya untuk menyangkal dan menimbulkan sangsi tentang penyertaan golongan agamawan ini, tetapi sejauh manakah ahli UMNO yang sekarang dilhat mempunyai hierarki tersendiri (UMNO dahulu terdiri daripaga golongan para nelayan, guru dan sedikit sahaja golongan profesional serta penduduk luar bandar) namun sekarang, rata-rata dianggotai profesional, peniaga, usahawan, jutawan, penyangak mahupun penyamun bersedia menerima golongan ini?

Saya berpendapat mungkin Perdana Menteri menyedari tentang kehadiran para agamawan ini akan dapat mewujudkan satu timbangtara di dalam UMNO kerana parti tersebut itu sekarang dipenuhi dengan ahli-ahli yang terlalu mementingkan hartabenda, maka keujudan agamawan ini mampu untuk mengimbangi keadaan!

Kemasukan Dr Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) ke dalam UMNO itu sendiri persis satu ujian asid (acid test, Jose!) kepada parti itu juga, kerana ada yang masih sangsi dengan pemikiran progresif Dr MAZA yang dilihat sebagai berkiblatkan pemikiran Wahabbi (kepada masyarakat Melayu Islam, fahami dahulu apa itu Wahabbi sebelum tuduhan melulu dibuat!) dan mungkin di kalangan ahli UMNO yang menentang namun berbuat demikian secara diam.

Dua kemungkinan akan berlaku, seandainya Dr MAZA menyertai UMNO.

i) UMNO mungkin menjadi parti yang progresif dan berfikiran terbuka dari aspek keagamaan.
ii) UMNO akan kalah teruk dan terus hilang dari pemikiran orang Melayu kerana menyangka UMNO telah di Wahabbikan oleh Dr MAZA!

Masyarakat Melayu Islam di Malaysia, yang masih dianggap baru menganut agama Islam (rata-rata sekitar 400-500 tahun, dibandingkan dengan Cina Islam di China yang menganuti Islam lebih awal dari orang Melayu!) segelintirnya sering merasakan yang mereka lebih Islam dari masyarakat Islam di tempat lain.

Ini kerana ada di antara mereka yang tidak dapat menerima Islam Syiah, Islam Wahabbi dan sebagainya dan menganggap hanya Islam Syafie sahaja yang betul, sedangkan Islam itu hanya satu sahaja dan tiada siapa yang mempunyai pengetahuan tentang siapa yang benar dan salah di dalam kepercayaan mereka.

Apakah dengan penyertaan Dr Asri ke dalam UMNO, parti tersebut akan menyaksikan perubahan revolusi Islam yang sebenar, seperti yang diharapkan?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Tuesday 22 June 2010

ROBOHNYA MONUMEN MORAL

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para blogger dan pembaca setia blog syok sendiri ini!

Manusia kadangkala suka atau selesa untuk hidup dalam kenangan. Namun tak ramai yang mempelajari apa-apa daripada kenangan yang pernah dilaluinya. Ada yang lebih selesa untuk terus mengenang kembali sejarah yang telah berlalu namun gagal untuk mengaplikasikan apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Seperti juga dengan Penjara Pudu, yang nampaknya akan hanya menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hitam negara. Ianya akan lesap kelak dan apa yang tinggal hanyalah kisah-kisah mengenai penjenayah seperti Botak Chin yang menemui ajal di tali gantung di Penjara Pudu tersebut di dalam blog ataupun akhbar, tanpa orang ramai berpeluang melihat bangunan itu sendiri!

Ramai yang tidak bersetuju penjara ini dirobohkan. Namun tak kurang juga yang bersetuju Penjara penuh misteri ini ditutup dan dirobohkan.

Penjara Pudu, bagi saya bukan sekadar satu monumen bersejarah. Ianya lambang signifikan kepada pemulihan akhlak penjenayah untuk kembali menjadi orang yang berguna selepas dibebaskan dari penjara. Bukan semata-mata kerana hendak bersikap sentimental dan mengenang kembali kesalahan para penjenayah yang pernah mengikuti “pengajian” mereka di dalam Penjara tersebut.

Sebaliknya ianya perlu dijadikan monumen, setaraf Muzium Polis dan lain-lain sebagai satu tanda peringatan kepada orang ramai supaya jangan melakukan kesalahan kerana jika tidak mereka akan “disumbat” ke dalam penjara!

Sewajarnya ianya dibangunkan untuk menjadi satu institusi sejarah (dengan erti kata lain, sebuah muzium Jose!) yang menyimpan dan merekodkan kisah-kisah jenayah lampau, supaya masyarakat sekarang dapat mengambil iktibar dan mengenang kembali kesilapan orang dahulu kala.

Pengorbanan demi pembangunan perlu dilakukan tetapi dengan tindakan merobohkan penjara Pudu dan mendirikan sebuah pusat komersial persis menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Di dalam keadaan Kuala Lumpur yang sesak dengan orang ramai serta penjenayah dan penyangak kolar putih berlegar di sana sini, Penjara Pudu itu perlu dibangunkan semula menjadi sebuah institusi sejarah yang mengingatkan kembali orang ramai tentang cause and effect seandainya mereka terlibat di dalam jenayah.

Namun, saya sedar dan insaf, suara saya di dalam blog syok sendiri ini tidak mungkin didengari oleh orang ramai, apatah lagi Kerajaan memandangkan saya hanyalah pemilik blog terpencil di kalangan berjuta blog lain yang wujud di Malaysia!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.



Monday 21 June 2010

THE BUMBLING WORLD OF IRONIES

By – Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this self-indulgenced blog!

Human beings are known for having a limited span of memory and have a tendency in making the same mistake, all over again.

There was even a famous proverb that describes clearly of this impasse; “To err is human, to forgive divine”.

I must say that such an immature remark by Alexander Pope, would suggest that we should easily forgive and forget but not wanting to learn and relearn on past mistakes is another matter that should be dealt seriously!

That the Israelis have now become a big bully when in the past they were seen as victims of the Holocaust, has now become the single biggest threat to human peace.

It is depressing to read a report here and I must admit that it may look and sound a tad ironic when the oppressor has become the prey.

No one dares to touch even a strand of hair on the Israelis.

Notwithstanding former Iraqi President, the late Saddam Hussien who had the guts to instruct his men to launch attack on Israel using Scud missiles during the Gulf War, the present situation would suggest that everyone has in the end knelt to the Israel and have indirectly allowed them to do things as they please!

Even Iranian President Mahmud Ahmadinijad, have slowed down his tone (and voice for that matter!) in criticizing the rogue state.

We have heard numerous condemnations and criticism by top leaders on Israelis’ cruelty towards Palestinians, none of them had the courage to send their troops to rally round and liberate Palestine from this oppression!

Germany, who in the past was seen as the main oppressor towards Jews when Hitler was the country’s de-facto Chancellor, is presently portrayed as whining and compromising to Israel’s aggression.

After awhile I have come to realized that we are indeed living in a world filled with suppression, aggression with a pinch of irony here and there!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

HIDUP DALAM PERSEPSI

Oleh Hesmel Faznee Faisal

Saya tertarik dengan beberapa cerita yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan kebelakangan ini. Antaranya ialah mengenai cadangan untuk menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR, serta khabar angin mengenai kemasukan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ke dalam UMNO.

Kebarangkalian mereka yang menyokong cadangan memansuhkan ujian PMR dan UPSR mungkin sama banyak dengan mereka yang menentang. Mungkin kebanyakannya akan menyokong (terutamanya para pelajar, Jose!) kerana ia akan mengurangkan sedikit beban-beban tampungan ibubapa, terutamanya di dalam memastikan anak-anak mereka mendapat markah yang cemerlang!

Bagi saya, sudah sampai masanya ianya dimansuhkan. Malah, memang kena pada waktunya kerana sistem pendidikan kita dewasa ini terlalu berorientasikan kepada peperiksaan hinggakan pelajar gagal untuk berfikir secara rasional dan lebih kepada emosional (contohnya amat ketara, terutamanya ketika mereka terlalu khusyuk dengan mencapai markah tinggi hingga mengenepikan perkara-perkara lain!). Mereka mudah menjadi tertekan, mengalami gemuruh dan pelbagai lagi sindrom, semuanya kerana peperiksaan!

Tetapi dengan berkata demikian, ia tidaklah bermaksud peperiksaan itu terus ditiadakan. Sebaliknya, dibanyakkan lagi peperiksaan berbentuk kuiz kerana ini lebih mencernakan lagi pembelajaran dan pengajaran para pelajar. Sistem peperiksaan buka buku (or open book test/examination) harus diperkenalkan kerana ini membantu pelajar untuk membuat rumusan mereka yang sendiri semasa menjawab soalan, daripada mengharapkan 100% bantuan guru, semasa di dalam kelas.

Masalah sekarang ialah para ibu-bapa/masyarakat terlalu mengejar markah dan tidak melihat di sebaliknya. Apalah ertinya memiliki 100 orang pelajar yang berjaya mendapat 8A1 di dalam peperiksaan tetapi hakikatnya mereka persis zombie kerana peperiksaan menjadikan mereka terlalu mementingkan diri, demi mendapat markah 8A1, 9A1 atau mungkin 20A1! Jika cadangan ini dilaksanakan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin harus mendapat pujian kerana berani untuk melakukan perubahan yang drastik dan konsisten dengan tindakannya.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mungkin akan menyertai UMNO. Itu antara suara-suara dan juga khabar cerita yang didengari kebelakangan ini. Walaupun beliau sendiri tidak memberikan sebarang jawapan kukuh seperti yang dinyatakan di sini , ini tidak menhalang orang ramai dari terus membuat andaian.

Bagi saya, tindakan Dr Asri memasuki UMNO adalah seperti memenjarakan dirinya sendiri. Beliau terkenal sebagai seorang yang memanggil daun spade, itu daun spade (or in plain English, to call a spade a spade!). Kata orang, jika hendak menonjolkan diri sebagai seorang intelek, bercampur gaullah dengan golongan ini, jika ingin kelihatan kuat, gagah dan hebat, bercampur gaullah dengan pihak penguasa. Jika hendak kelihatan penting dan mempunyai pengaruh, bercampur gaullah dengan golongan orang politik!

Namun yang demikian, apalah gunanya kita hanya kelihatan berpengaruh, penting, kuat, gagah dan hebat seandainya kita tidak dapat lagi berfikir dengan sebebasnya, sama seperti kita berada di dalam lingkungan golongan orang intelek? Semua sedia maklum bahawa di dalam politik, intelektual itu bukan pokok pangkal utamanya. Sebaliknya, persepsi itu lebih diutamakan. Ramai golongan intelek yang tenggelam bersama dengan intelektualiti mereka di dalam lautan politik.

Lihatlah apa yang terjadi kepada Datuk Seri Idris Jala (yang kebetulannya datang dari alma mater yang sama dengan saya!). Beliau menyuarakan pendapat selaku seorang profesional tanpa perlu berselindung kepada kuasa politik, mengenai kedudukan kewangan dan ekonomi negara baru-baru ini.

Ramai yang tersentak dan terkejut dengan pendapat ikhlas beliau. Saya yakin, beliau berkata demikian kerana sememangnya itulah yang akan berlaku seandainya Malaysia terus bergantung kepada sistem subsidi. Seandainya beliau merupakan seorang Naib Presiden bagi sesuatu parti politik, mahupun seorang ahli sesuatu parti beliau mungkin hanya berdiam diri sahaja dan menyembunyikan hakikat sebenar. Itulah nasib orang politik. Itulah nasib politik naungan (or patronage politic Jose!).

Kedua-dua isu di atas ada kaitannya secara separa sedar, iaitu melihat kepada aspek kuantiti dan bukan qualitative. Pokok pangkalnya, sejauh manakah kita mampu meneruskan hidup tanpa perlu bergantung kepada kuantiti dan melebihkan kepada qualitative?

Saudara Asri, bersediakah anda menjadi pak turut?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Thursday 17 June 2010

WELCOME TO THE JUNGLE!

By – Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this self loathing blog!

The 80’s were regarded as the period that bred rock groups whose glamorous rock (with exaggerated jewelries!) appearances were more noticeable than their talent!

One of these musicians were former Guns and Roses lead guitarist, Slash and coming August 2010, Malaysian rock fans would have the chance to see him in the flesh performing live here in Sunway Lagoon!
 
Who can forget the famous riff in Welcome to the Jungle, Sweet Child O’ Mine or even Paradise City? Our local rock fans would not want to miss the opportunity to witness these songs being played live by Slash who is responsible in creating those riffs.

There have been quite a number of international performers who had made their first appearance here in Malaysia. Interestingly, most of them had not even been here or perform here before.

My only hope is that our local talents will take this opportunity to mingle around and make an acquaintance with these talented musicians and learn a thing or two from them. I believe our local artistes should not be too excited on taking photos together with them for the sake of posting it in their personal blog or in the social network website, for that matter.

The focal point should be on how to impress them with our traditional music form (I loathed against the so called local Britpop bands!) such as masri, inang, joget, asli, ghazal, jaipong and ghasidah.

Westerners are very passionate and are keen to learn more on the Eastern culture. Former Led Zeppelin musicians, Jimmy Page and Robert Plant for instance, had recorded an album with traditional Egyptian musicians. They even had a jamming session with those musicians in the bustle streets of Marrakesh, Morocco.

Grunge group Pearl Jam’s lead vocalist Eddie Vedder, had on few occasions performed together with the late Nusrat Fateh Ali Khan, a Punjabi musician from Pakistan and primarily a singer of Qawwali, the devotional music of the Sufis. They even collaborated to record two songs, "Face of Love" and "Long Road" for the movie Dead Man Walking soundtrack (starring Susan Sarandon and Sean Penn)!

I don't think Mr Saul Hudson (Slash’ real name, Jose!) himself is interested in the Malaysian  own version of rock, bluegrass nor any of those Britpop crap! What he likes most perhaps is the originality and probably is eager to explore the purest performance of traditional music.

I think our gambus or rebab musicians can take this great opportunity to exchange notes with Mr Hudson and discuss future plans to collaborate in an album.

Even traditional singers can take this opportunity to show their talent and if lady luck is on their side, they might get the attention they needed most, after often being brush away by local recording companies!

We should not be shy with our own unique culture but rather be proud with what we have.

There is no wrong to sing Nak Dara Perindu in the middle of New York City or Tanjung Puteri in the Royal Albert Hall in London. This is the only time where our local talent can strive and show their skills in playing “our music”.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection



Monday 14 June 2010

BAHASA MENUNJUKKAN INTELEKTUALITI

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog yang syok sendiri ini!

Saya menjadi orang yang paling gembira (I’m not quite sure about the rest as I do not have the ability to read people’s mind!) apabila membaca sebuah berita di sini.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan untuk berbuat sedemikian kerana beberapa factor.

Antaranya ialah seperti berikut;

a) Kedua negara yang bertutur di dalam bahasa demikian kini mula mengorak langkah menjadi negara utama dari aspek ekonomi, serta perkembangan IT.

b) Negara China sudah mula bersikap terbuka dan secara perlahan menganut fahaman ekonomi pasaran bebas. Melihat kepada kapasiti dan saiz negara itu, ia memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengorak langkah berniaga di sana.

c) Kebanyakan daripada tenaga professional (kecuali mereka yang bertugas di “belakang mati” Jose!) di dalam bidang IT mahupun perniagaan dan sebagainya datangnya dari negara-negara tersebut.

Walaupun ia hanya baru di peringkat cadangan sahaja, Kerajaan patut meneruskan usaha tersebut memandangkan cara ini sahajalah yang mampu mengerakkan kita ke arah yang lebih inovatif. Tidak dapat dinafikan, masyarakat Cina secara amnya akan menunjukkan rasa hormat mereka seandainya seseorang itu yang bukan berketurunan Cina mampu bercakap dengan fasih mahupun cekap menulis Mandarin.

Saya tidak nampak kekurangannya jika generasi baru kita mampu belajar dan fasih di dalam bahasa selain daripada Inggeris mahupun Malaysia. Amatlah merugikan jika ada di antara kita yang bermegah dengan pertuturan Inggeris slanga Amerika, Inggeris atau Inggeris Oxford namun tidak pandai dan tahu bertutur di dalam bahasa Mandarin atau Tamil.

Saya berpendapat, kita perlu tahu di mana tanah kita pijak dan dengan siapa yang kerap kita berurusan. Dari konteks rakyat Malaysia, kita banyak berurusan dengan masyarakat Cina dan India, baik dari aspek perniagaan, sosial dan lain-lain. Tiadalah salah jika kita mempunyai kecekapan menulis dan bertutur di dalam bahasa Inggeris. Tetapi kita akan lebih dihormati dan digeruni jika kita tahu juga bertutur di dalam bahasa selain daripada bahasa tersebut!

Saya amat yakin dan benar-benar yakin, melihat kepada pertumbuhan ekonomi China dan juga jumlah penduduknya yang hampir mencecah 3 billion orang, bahasa Mandarin ini akan satu masa nanti menjadi bahasa perantara utama, selepas bahasa Inggeris.

Masakan tidak, jika sesetengah daripada kita melayari laman web mencari kerja seperti Jobstreet, ramai yang akan merasa hampa kerana ada di antara syarikat yang menawarkan pekerjaan meletakkan syarat calon hendaklah juga tahu menulis, membaca atau menulis Mandarin.

Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan lebih baik pelajari bahasa Arab kerana bahasa tersebut bahasa Quran. Saya berpendapat bukan bahasa yang menjadi persoalan di dalam memahami Al-Quran namun intelektualiti seseorang itu yang menjadi asasnya.

Masyarakat Arab yang sememangnya fasih di dalam bahasa Arab dan membaca Al-Quran persis kita membaca novel picisan Melayu, ada segelintirnya tidak mengikut ajaran Islam yang disarankan di dalam Quran. Di manakah kesilapan di sini?

Terdapat blog yang mengatakan bahawa Islam sebenarnya di bawa ke Melaka menerusi Laksamana Cheng Ho atau Haji Mahmud Shams. Jika ini dibukti kebenarannya, maka ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada sesetengah orang yang terlalu memandang golongan Arab ini Islam dan Islam itu Arab.

Bagi saya, bahasa dan bangsa bukan menjadi pokok persoalan di dalam menentukan kebanggaan sesuatu agama.

Iman itu serta initiatif mencari ilmu itu mengatasi segalanya.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Friday 11 June 2010

THE RECYCLED STRAW

By – Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this self pitiful blog!

The habit of recycling materials made from plastic, papers and aluminum, whilst is a good way in preserving the longevity of the environment, at the same time has higher repercussion to public as well.

As reported in the local newspaper recently, the fact that not all items are suitable for recycling purposes should be put into consideration before decision being made to reuse it again and again!

Plastic straws have become the highest natural wastage in the world; with millions of it collected in the disposal area as most of us seldom reuse it due to hygienic purposes.

According to a website, we should never put our trust on biodegradable straws made from bioplastics like PLA, since evidence shows that there's not a whole lot of biodegrading going on with them—they just break up into smaller bits of plastic than other straws, and still release methane in the process.

Not all drinks (with the exception of smoothies!) require the usage of straw. Conceivably, some may find it inappropriate to drink directly from the glass or mug without using a straw but I believe most of us might have second thought on using it after reading the news above!

Whatever reasons it maybe, consider this every time we visit our favourite curry house shop and drink a glass of ice coffee; do they serve it with a new straw or a straw that was used by a person who has syphilis?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Thursday 10 June 2010

SAUDARA JAUHKU

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Senjakala bagai mengingatkanku,
Betapa hampirnya aku pada noktah hari,
Apa yang telah kulalui sewaktu itu?
Apa yang telah kulakukan sewaktu ini,
Untuk menolong saudara jauhku?

Saudara jauhku,
Yang pasti berbeda dari rupaku,
Yang pasti lain dari bicaraku,
Yang pasti sama dengan agamaku,

Saudara jauhku,
Mati menjadi teman hidupmu,
Korban jadi tajuk perbualanmu,
Yang mati tetap mati,
Yang hidup pasti mati,

Saudara jauhku,
Kematianmu berulangkali,
Tak kecapaian langkaui tuamu,

Saudara jauhku,
Yang belum tahu bagaimana hidup keesokan hari,
Yang tahu keluarnya itu kembalinya mati,
Yang pasti yakin akan temui Kekasih hati,
Kekasih hati dari Azali,

Saudara jauhku,
Tanah itu dagingmu,
Serban itu rerambutmu,
Bebatu kecil itu peluhmu,

Saudara jauhku,
Kisahmu diulang berkali-kali,
Sedihmu itu satu legasi,
Pilumu itu satu tragedi,

Semenanjung Gaza,
Apakah ia medan perjuangan menuntut hakmu,
Atau sekadar sebuah medan,
Yang menjadi alas buat tidur panjangmu?

10 Jun 2010, Damansara Utama



Tuesday 8 June 2010

SANCTIONING ISRAEL: ANYONE DARE TO DO THAT?

By – Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this blog.

There have been a lot of discussion in our country both intellectually and emotionally on the attack of the Peace Flotillaby by Israeli terrorists (Well, don’t you think attacking a flock of boats carrying civilians is a form of terrorism, Jose?) .

At this point of juncture, I believe it is not the Zionist’ terrorist regime that should be put on blame (We know that a terrorist will forever remain one) for the attack but the blame should be shifted to some Muslim countries who has been conspiring with the Zionist state. If all Muslims are united as one, none of this will ever take place!

I have said once, and will say it again. My main concern here is not on the attack by the Zionist regime but the attitude of Muslim countries who had denied the peace convoy from entering Gaza through their territory.

Some of them have diplomatic ties with Israel and I believe they had done it in order to maintain the cordial relationship between two countries!

Such despicable act by these Muslim countries must be condemned by other Muslims!

There is however a main problem that has been bugging them all this while; Muslims can just unite as one (perhaps the Arab League should a thing or two from Malaysia, especially on the idea of 1 Malaysia!) and have often backstabbing one and another!

How many times must we see burning effigies in the streets or in front of mosques and other places during Peace Rallies but have yet to see any single action taken by the UN or for that matter other powerful states (I have to admit that I have completely lost my confidence in President Barack Obama and began to have strong doubt in his administration!) in condemning Israel’s atrocity?

There are no alternatives at the moment to stop Israel from continuing its maniac oppression against Palestine; not even through rallies or protests, passing a motion to condemn Israel in Parliament or otherwise.

We have seen hundreds and thousands of rallies plus a number of burning effigies but none of these have fallen into attention of the Israelis. There is a possibility that they are laughing all of these as it happens!

The only way to stop Israel is through sanction and I don’t think none of the leaders in this world are brave enough to do so!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Wednesday 2 June 2010

MINISTRIAL SENATOR

By – Hesmel Faznee Faisal

Ipoh Barat MP, Lim Kit Siang as usual had criticized the decision made by Prime Minister Dato’ Seri Mohd Najib Razak to appoint a number of Senators to fill in the Ministerial post in his recent cabinet reshuffles. Read here.

The credibility of a person (it is likely from this context that none of our politicians have high credibility, Jose!) is not considered as the main issue. The main issue here is that the decision made by the Prime Minister is something to be follow suit. A person who has no political interest is a free person. He is free in term of making decision and are not seen as having inkling with any political party.

If my memory serves me correctly, I had written once in this blog that a senator should be given more priority for the post of a Minister. This will not only allow them to stay focus on their job but will avoid from being drawn in the politicking activity within party ranks.

I hope and pray that Dato’ Seri Najib will appoint more Senators in his next cabinet reshuffle.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Tuesday 1 June 2010

THE DOUBLE STANDARD PRACTISE

By – Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this self confessed blog!

Life is all about practicing double standard and sometimes it goes beyond our imagination.

We had yet seen any actions taken against the Israelis for attacking the Aid Flotilla a.k.a the Freedom Boat carrying civilians, (Malaysians are among the passengers Jose!) whose main mission was to lend humanitarian aid to our Palestinians brothers and sisters in Gaza.

All that can be heard are condemnations and criticism by world leaders, but as time goes by those voices will slowly fade and people are likely to mend their own business shortly after that!

According to a news reported here, they condemned Israel for using a disproportionate aggressive action against all international laws and human values.

While criticisms by world leaders began to build its momentum as reported here, I doubt neither UN nor any of the country members (they are Japan, UK, France, Germany, Italy, Russia, EU and the US!) in G8 would condemn Israel’s dastardly attack on the aid fleet.

Whilst we pray for the safety of those on board, lest forget that this incident will indeed spark wider protest by Muslims followed by violence. I quote Yoda, the Jedi Master in the Star Wars movie trilogy; “Fear leads to anger, Anger leads to hate, Hate leads to Suffering”!

As I had mentioned earlier, why must countries who condemned Israel’s filthy act can only do so but dared not show their firmness by imposing sanction against that pea sized area (I was making a reference to Israel, Jose!)? I considered this as another double standard practice by those countries.

They are not willing to cut off the diplomatic ties with Israel as they fear Jewish leaders in the American Congress might “whisper” or influence the puppet designated US President to take action against them!

In the end, all we can hear is numerous criticisms by country leaders on Israel but all will fall on deaf ears!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...