Monday 15 November 2010

MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog "syok sendiri" ini.

Saya telah melalui dan merasai sendiri pengalaman menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia – Deepavali 2010, baru-baru ini.

Secara peribadi, apa yang boleh dikatakan di sini ialah rakyat Malaysia, khususnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, masih lagi mempunyai semangat dan sifat bersatupadu antara satu sama lain.

Keadaan ini amatlah jelas dan terserlah semasa penduduk tempatan, tanpa mengira bangsa dan agama turut bergotong royong membantu dan menyumbangkan tenaga mereka di dalam memastikan upacara majlis rumah terbuka ini berjalan lancar.

Apa yang boleh dikatakan di sini ialah, mereka meletakkan ketepi fahaman dan ideology agama dan bekerja bersungguh-sungguh memastikan setiap perkara yang dirancangkan menjadi kenyataaan.

Namun, apa yang membimbangkan ialah wujudnya suara-suara jahat yang mempunyai agenda tersembunyi dan cuba untuk menganggu gugat keharmonian yang dinyatakan tadi.

Ianya datang dalam pelbagai bentuk, politik, agama dan lain-lain lagi.

Cara yang terbaik untuk menghapuskan semuanya ialah apabila kita memahami antara satu sama lain dan cuba untuk berlaku adil dan saksama antara semua pihak. Seandainya ini tidak wujud, maka tiadalah gunanya kita mewujudkan majlis sedemikian. Biarpun tujuan asal kita ialah untuk memupuk semangat setiakawan dan perpaduan antara kita, semuanya ini akan menjadi tidak bermakna lagi jika apa yang dirancangkan selama ini, hilang begitu sahaja.

Seandainya kita mempunyai sedikit inisiatif untuk memahami dan cuba mengerti latarbelakang setiap kaum yang ada di sini, nescaya setiap khabar angin dan juga cerita-cerita bersifat fitnah yang dilemparkan akan berjaya ditangkis, hasil daripada kefahaman yang ada di dalam diri masing-masing.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection


 

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...