Monday 5 July 2010

HIDUP UMPAMA BOLA

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.

Kejohanan Piala Dunia 2010 akan berakhir dalam beberapa hari lagi. Apakah yang boleh dipelajari daripada kejohanan tersebut?

Walaupun saya akui, saya tidak menghabiskan waktu malam saya untuk berjaga dan menonton perlawanan-perlawanan menarik (kecuali perlawanan antara Argentina menentang Germany!), daripada perlawanan upset seperti Argentina menentang Germany hinggalah Brazil menentang Netherlands, saya sedia maklum mengenai implikasi yang telah berlaku ke atas perlawanan tersebut.

Misalannya, pasukan Brazil telah dikecam malah dicaci hebat oleh para penyokong tanahair, sekembalinya mereka ke negara asal. Tetapi berlainan pula dengan Argentina, di mana jurulatih pasukan negara tersebut, Diego Armando Maradonna telah disambut sebagai wira negara (?) walaupun pasukan tersebut kalah di tangan Germany. Bak kata pepatah Melayu, biar jatuh tapi misai jangan mencecah ke tanah (A homage to my mentor, Dr Abdul Samat Salleh)!

Tidak dapat dinafikan, kesungguhan pasukan Argentina (walaupun taktik permainan mereka sedikit fancy!) untuk membolosi jaringan gol pasukan Germany itu harus dipuji, namun sudah termaktub bahawa Argentina tidak dapat meneruskan perjuangan untuk sampai ke peringkat final Piala Dunia tahun ini.

Berbalik kepada persoalan awal, apakah yang boleh dipelajari daripada kejohanan tersebut?

Janganlah kita terlalu memandang rendah kepada seseorang. Ini kerana, setiap manusia yang dilahirkan itu mempunyai potensi (bukan impotent Jose!) yang tersendiri. Kadangkala, nama, rupa mahupun persepsi tidak boleh membuktikan apa-apa pun. Hanya mereka yang menyedari potensi masing-masing akan tahu sejauh mana mereka akan mampu pergi. Siapa yang akan menyangka pasukan-pasukan underdog seperti Netherlands mampu menundukkan jaguh besar seperti Brazil di dalam perlawanan yang dianggap sebagai perlawanan unsangkarable (yang tidak dijangka)?

Ramalan demi ramalan sudah dibuat oleh para kaki judi, secara halal dan secara haram (!?) bagi menentukan pasukan mana yang akan layak bertanding di peringkat akhir namun saya tidaklah begitu merasakan bahawa perkara ini menjadi satu keraguan kerana di akhir cerita nanti, yang menang bukanlah di kalangan pasukan Netherlands, Uruguay, Spain mahupun Germany.

Saya benar-benar tertarik dengan konsep semangat kesukanan. Bayangkan, penyokong parti pembangkang mampu duduk bersama dengan penyokong parti pemerintah dan bersama bersorak apabila Kaka menjaringkan gol, walaupun pasukan beliau gagal menempatkan diri ke peringkat separuh akhir!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

1 comment:

hasz noh said...

bak kata pepatah Mat Salleh " Biar bermusuh politik mati-matian tetapi bola punya pasal semua sanggup duduk satu meja bersorak dan melompat"
salam...

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...