Friday 2 July 2010

ANAK

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Kadangkala saya terasa ngeri dan risau bila memikirkan tentang masa hadapan negara Malaysia yang dicintai ini. Kerisauan ini menjadi makin bertambah apabila membaca berita seperti ini

Bagaimanakah agaknya nasib dan masa depan 257,000 orang ini? Apakah yang terjadi kepada mereka?

Masyarakat Malaysia, tanpa mengira kaum mahupun agama (because we are all 1 Malaysia, Jose!) mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai isu-isu haram. Ditambahkan lagi jikalau ianya melibatkan keturunan! Walaupun 257,000 orang ini tidak bersalah namun kesalahan ibu bapa merekalah yang perlu ditanggung mereka. Ini kerana kadangkala, masyarakat kita terlalu berfikiran sempit seandainya tahu bahawa menantu mereka ini tidak berbin atau berbinti.

Ramai yang terlalu merasa fobia dengan keturunan namun apakah tidak mereka tahu bahawa penakluk terkenal, Genghis Khan mempunyai hampir 401 orang anak luar nikah? Dan adalah tidak mustahil jika ada dikalangan kita ini mungkin terkena tempiasan daripada keturunan tersebut! 

Statistik di dalam berita ini mencatatkan bahawa keturunan Melayu Islam mencatatkan jumlah yang tertinggi, dibandingkan dengan kaum Cina, kaum India dan lain-lain. Benar, tidak dapat dinafikan kes-kes terlanjuran ini wujud jua di dalam semua masyarakat tanpa mengira kaum, tetapi mengapakah jika perbincangan mengenai anak luar nikah ini dibangkitkan, golongan Melayu sering menjadi fokus, selain daripada isu berkaitan agama?

Jikalau hendak memperkatakan mengenai kebangkitan Islam di kalangan golongan tertentu, umat Islam khususnya orang Melayu di Malaysia sudah mampu untuk keluar dari kejahilan. Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku! Hari demi hari, kes bayi dibuang, dibunuh, dibakar dan tak kurang juga diliwat (I must admit that whoever does this deserved to be sodomized by a horse or an elephant!) sering kedengaran dan terpampang di dalam akhbar.

Apakah mungkin, sekadar satu kajian hipotesis syok sendiri, Malaysia atau mungkin masyarakat dunia di dalam tempoh 70-100 tahun lagi akan hanya terdiri daripada mereka yang berketurunan keturunan anak luar nikah?

Entahlah, saya bukanlah seorang Gipsi, tidak mempunyai geluk sakti. Tidak tahu membaca dan meramal masa hadapan!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...