PRASANGKA

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Sejak kebelakangan ini, ramai orang mula memperkatakan mengenai intergriti Polis Diraja Malaysia.

Ada yang mempersoalkan mengenai ketelusan mereka, kesungguhan mereka di dalam membasmi jenayah dan tidak kurang yang mula merasa sangsi dengan kecekapan pihak Polis. Bagi saya, ini membayangkan bahawa kebarangkalian untuk orang ramai mulai hilang kepercayaan terhadap polis adalah amat tinggi sekali.

Bagi saya, kes Allahyarham Aminul Rashid yang telah ditembak mati oleh pihak polis baru-baru ini telah menambahkan lagi kebencian dan barangkali terhakis lagi kepercayaan orang awam terhadap polis.

Bagi saya, ini merupakan satu situasi yang amat-amat membimbangkan! Seandainya orang ramai sudah mula tidak percaya kepada pihak Polis ada juga kebarangkalian yang orang ramai akan mengambil keputusan sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Ini termasuk menjadi seperti seorang vigilante, atau dalam erti kata lain menjadi Paul Kersy, watak yang dipegang oleh Charles Bronson di dalam filem bersiri Death Wish. Paul Kersy telah mengambil keputusan untuk menjadi vigilante selepas keluarganya dibunuh oleh penjenayah dan disebabkan merasa bosan dengan kerenah birokrasi, beliau mengambil keputusan untuk “menghukum” penjenayah tersebut dengan caranya tersendiri.

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa jenayah di Malaysia sekarang telah meningkat secara mendadak. Semakin banyak bandar-bandar baru dibuka, semakin banyak kes-kes jenayah berlaku. Ini termasuk dengan kebanjiran pendatang-pendatang halal dan haram ke Malaysia. Ia telah memburukkan lagi keadaan dan menjadikan keadaan ini semakin tidak terkawal.

Saya bukanlah meletakkan satu prasangka awal bahawa pendatang-pendatang ini merupakan punca kepada peningkatan kes jenayah di Malaysia. Tetapi hakikatnya, apabila kurangnya projek-projek yang dibangunkan, mereka yang kebanyakannya datang ke Malaysia bekerja di sektor tersebut terpaksa menjadi penyangak dan penyamun, demi untuk sesuap nasi.

Maka, pihak Polis terpaksa menjadi lebih berhati-hati di dalam mengawasi keselamatan kita. Setiap perkara yang mencurigakan ini akan ditangani dengan pelbagai “precaution” atau andaian. Dengan kata lain, segalanya bertindak berdasarkan kepada “worst case scenario”.

Ada masanya kita perlu meletakkan kaki kita di dalam kasut mereka, atau dalam bahasa lain; “putting our feet in their shoes” dan berfikir kembali, bukankah kita juga ada masanya bertindak atau mempunya prasangka terhadap orang yang tidak dikenali? Sebagai contoh, adakah kita akan menghentikan kereta jika kita melihat sebuah kereta yang rosak berhenti di tepi jalan dan menawarkan pertolongan kepada tuan punya kereta tersebut? Saya jangkakan tak mungkin ramai yang akan berkata ya.

Begitu juga, pada pendapat saya di dalam kes yang telah berlaku di Shah Alam baru-baru ini. Senarionya mudah, apabila sebuah kereta itu dipandu dengan keadaan yang agak merbahaya dan mencurigakan, tiada cara lain yang harus dilakukan melainkan terpaksa bertindak secara paksaan.

Di dalam kes Allahyarham Aminul ini, itulah yang telah berlaku.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF