Thursday 20 May 2010

HANTU H1N1 DAN IMAGINASI MANUSIA

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Imaginasi manusia itu merupakan suatu kuasa yang cukup menakjubkan!

Cara dan kaedah kita menggunakannya itu, bergantung kepada individu itu sendiri. Jika imaginasi itu bersifat “syok sendiri”, ianya mungkin membawa kepada jalan yang agak diragukan.

Namun, ada juga imaginasi yang dibangunkan berdasarkan kepada inspirasi dan juga keinginan untuk melihat masyarakat dan bangsa itu diinjakkan darjatnya ke tahap yang lebih tinggi.

Saya tergerak untuk berbincang mengenai imaginasi ini berdasarkan kepada satu sebab, iaitu rasa ralat dan jelik melihat terlalu banyak drama dan filem yang diterbitkan di Malaysia ini, ratanya berkisarkan kepada kisah seram (baca hantu dan dunia ghaib) dan lain-lain.

Mungkin ramai yang akan berhujah kita diharuskan percaya kepada benda-benda halus. Benar, tetapi aqal yang dikurniakan Tuhan kepada kita juga menyuruh kita berfikir dengan logik, apakah kita perlu tunduk kepada benda halus atau sebaliknya?

Mungkin ramai yang akan berhujah menyebutkan tentang hukum hakam mahupun Rukun Iman. Bagi saya, mereka ini sekadar ingin “menghalalkan” apa yang difikirkan dan ditegakkan oleh mereka selama ini, iaitu wujudnya “entiti” atau kata lain hantu dan makhluk halus!

Saya tidak menafikan bahawa makhluk halus ini wujud. Malah, ianya berada di depan saya, semasa saya sedang menulis pojok ini.

Ianya keluar dan masuk ke dalam tubuh saya, tidak lain tidak bukan ialah udara! Tidak juga ketinggalan kuman dan pelbagai lagi spesis halus yang ada disekeliling kita.

Selain daripada itu, kuman H1N1 yang merupakan salah satu daripada "makhluk halus" yang sudah nyata merbahaya telah kembali menganggu masyarakat kita, seperti yang dilaporkan di sini.

Masyarakat kita pada kelazimannya, lebih takut dan gentar kepada sesuatu yang diwujudkan oleh imaginasi mereka (baca hantu!) dan langsung tidak gentar dengan “hantu” H1N1 ini. Para peniaga misalannya, mereka masih lagi mengamalkan pendekatan “tidak apa” di dalam menjaga kebersihan makanan yang dijual.

Hantu, makhluk halus dan H1N1. Semuanya kian mengganas. Hantu dan makhluk ganas ini hanya mengganas di dalam imaginasi kita, seperti watak Freddie Krueger dalam filem Nightmare in Elm Street (I don’t care whether its the new version or the old one!).

Namun kuman H1N1, mengganas di dalam diam dan jika tidak dijaga kesannya adalah amat lebih buruk dibandingkan dengan “hantu” di dalam imaginasi kita!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection



No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...