Friday 2 April 2010

SEMANGAT KEKITAAN DAN KEBERSAMAAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Rasanya, masih ramai lagi yang belum memahami konsep 1Malaysia yang sebenar.

Saya akui, sejak kebelakangan ini saya kerap menulis secara positif mengenai konsep 1Malaysia. Ianya dilakukan bukanlah atas dasar membodek Perdana Menteri. Mengapa harus saya membodek beliau? Beliau tidak mengenali saya dan saya pula tiada kepentingan apa-apa pun yang hendak dicapai.

Apa yang menjadikan saya tertarik kepada konsep 1Malaysia ialah kerana ianya membantu di dalam mengharmonikan kembali hubungan kaum yang tercalar sejak dua menjak ini. Sebagai seorang yang mempunyai kenalan rapat di kalangan bukan Melayu (back in my schooling up to my university days, I have many non Malay friends who are very close to me, even closer than my own relatives!) saya merasa bersyukur kerana setidak-tidaknya 1Malaysia adalah satu usaha yang baik untuk memulihkan keadaan!

Rasanya, tidak perlu seseorang itu menidakkan asal usulnya semata-mata kerana hendak menyatakan ianya 1Malaysia. Seorang lelaki Cina yang berniaga di pasar basah Jinjang masih boleh mendukung falsafah 1 Malaysia tanpa perlu mencicirkan identity kaumnya.

1Malaysia bukanlah semata-mata untuk mengakui seseorang itu bangsa Malaysia. Sebaliknya ianya satu konsep yang mana penduduk bersatu di bawah satu Negara dan mendukung kesemua 8 cabaran yang dihuraikan.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, dalam tempoh terdekat ini ialah polarisasi antara kaum tidak mungkin dapat dihilangkan dalam tempoh terdekat. Barangkali, ianya hanya mungkin tercapai apabila Malaysia mencapai kemerdekaan ke-100 atau menjelang tahun 2020, saya tidak pasti.

Bergerak daripada kesedaran inilah, 1Malaysia perlu dikembangkan lagi dan ianya bukan bererti menyatukan semua bangsa daripada pelbagai kaum menjadi satu bangsa, sebaliknya kita bergerak kembali kepada semangat asal yang dilakukan oleh nenek moyang kita, semasa menuntut kemerdekaan 53 tahun dahulu. Selain daripada itu, kebersamaan dan juga semangat kekitaan merencahkan lagi asas 1Malaysia.

Itulah asas kepada 1Malaysia.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...