Thursday 11 March 2010

ANTARA MOOD DAN KEGUSARAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Saya mempunyai satu sifat yang mungkin tidak digemari orang, iaitu sedikit “moody” pada waktu pagi.

Jangan salah faham! Ini bukan bererti mood saya akan berubah tanpa sebab seperti sesetengah orang, tetapi akan menjadi moody apabila membaca berita atau mendapat berita yang tidak menarik di waktu pagi. Pada masa itulah, mood saya akan terganggu!

Sama juga seperti apa yang berlaku pada pagi hari ini (11/03/10) apabila membaca berita di sini.

Saya hairan mengapa orang sanggup mencederakan kanak-kanak. Waima dianya tidak siuman sekalipun, apakah erti melepaskan geram atau kemarahan itu kepada mereka? Jika difikirkan kembali, apakah masyarakat Malaysia ini sedang menuju kepada kehancuran? Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kes kanak-kanak dijadikan punching bag bagi tujuan melepaskan geram!

Kita mungkin secara harfiahnya, mempunyai segala peralatan yang serba canggih dan moden tetapi disebalik kemodenan itu, pengisian di dalamnya serba mundur dan penuh dengan kecelaruan!

Saya juga bimbang dan gusar memikirkan keadaan sekarang di mana jumlah anak-anak terbiar dan anak-anak yatim semakin hari semakin meningkat. Tidak hairanlah jika kita lihat begitu banyak rumah-rumah anak yatim di Malaysia sehinggakan ada waktunya saya terfikir, kemanakah mereka ini akhirnya? Saya berharap dan berdoa moga-moga mereka ini akan menjadi manusia yang berguna kelak!

Dilema kehidupan sekarang ialah apabila satu pihak benar-benar inginkan seorang anak, di satu pihak yang lain, ada bayi yang dilahirkan secara tidak sah telah dibuang, dibakar atau ditinggalkan begitu sahaja!

Mungkin peristiwa peristiwa yang telah disebutkan ini merupakan satu tanda-tanda awal kepada kiamat, saya tidak pasti dan tidak tahu kerana yang tahu tentang tarikh kiamat ialah Allah dan bukannya berdasarkan ramalan oleh para ulamak!

Namun apa yang pasti ialah sudah sampai waktunya masyarakat Malaysia perlu menjalani “overhaul” yang menyeluruh bagi membentuk kembali moral dan juga keperibadian masing-masing demi mencapai matlamat Wawasan 2020 yang saya pasti tidak mungkin akan berlaku dan tercapai dalam tempoh yang terdekat ini. Apa yang boleh digerakkan dan dicapai dalam tempoh 10 tahun?

Saya berpendapat mungkin disebabkan itulah, bekas Perdana Menteri Pak Lah sudah nampak yang Wawasan 2020 cetusan bekas Perdana Menteri yang satu lagi, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berlaku maka beliau memperkenalkan pula Wawasan 2057! Nampaknya kita seperti akan memasuki waktu tambahan atau extra time pula!

Semoga kita semua kembali kepada landasan kehidupan yang asal dan hakiki!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

2 comments:

Unknown said...

salam,
saya rasa selagi ada orang yg merasa sedih,kecewa,marah apabila mmbaca berita yg dimaksudkan, kita ok kut.

The Eugenist said...

Airman, kesedihan, kekecewaan dan perasaan marah itu hanya satu perasaan, tindakan susulan juga perlu dilakukan.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...