Friday 12 February 2010

KERJASAMA..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Hari perayaan merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa mengira agama, bangsa mahupun darjat, semua akan turut sama meraikannya. Mereka yang berkemampuan akan membelanjakan sejumlah wang untuk menyambutnya dan secara tidak langsung akan dapat membantu mengembangkan lagi ekonomi Negara.

Manakala mereka yang tidak berkemampuan akan dapat turut sama menikmatinya, terutamanya ketika ruma terbuka diadakan di seluruh Negara dan ianya akan diserikan lagi jika majlis Rumah Terbuka diadakan oleh Kerajaan. Apabila bercakap mengenai sambutan perayaan, ianya diadakan secara subjektif dan bukan hanya tertumpu kepada sambutan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain.

Sejak kebelakangan ini saya terasa seakan wujud satu perlumbaan di antara pihak-pihak tertentu di dalam menganjurkan majlis perayaan ini. Seperti yang berlaku di sini. Sejak kemerdekaan hinggalah sekarang, tidak pernah berlaku kejadian sedemikian. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tidak begitu mengetahuinya.

Tetapi persoalan utama di sini ialah kedua-dua pihak, Pembangkang mahupun Pemerintah cuba untuk mengambil hati kaum-kaum tertentu selepas keputusan Pilihanraya ke-12 lalu menunjukkan bahawa kaum India sudah mula hilang sokongannya terhadap parti pemerintah. Mereka sebaliknya mula memberikan sokongan kepada pihak pembangkang yang menyaksikan BN hilang 2/3 majoritinya yang diperolehi sejak 1955 dan mengundi pembangkang hinggakan parti Pakatan Rakyat (it is not yet official, Jose!) berjaya memerintah beberapa negeri.

Saya tidaklah berminat untuk pergi lebih terperinci tentang perkara di atas. Biarlah ianya sebegitu. Namun yang menjadi kerisauan ialah wujud sifat berlumba-lumba di dalam mengambil hati golongan tertentu ini. Sepatutnya ianya tidak wujud sama sekali kerana setiap perkara yang hendak dilakukan itu dilaksanakan atas dasar mengimbangtara setiap aspek ekonomi. Bukanlah kerana hendak melakukannya atas dasar “pleasing” atau mengambil hati.

Terlalu banyak dasar yang dilaksanakan itu dilakukan kerana terdapat kecenderungan politik. Saya tidaklah mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional tidak ikhlas. Tetapi kadangkala, demi kemakmuran rakyat dan perpaduan (yang semakin lama semakin meruncing!) sikap apolitical perlu diketengahkan. Rasanya tidak ada cacat celanya jika kerajaan negeri seperti Perak bekerjasama dengan pembangkang, demi mewujudkan keharmonian yang tercalar kebelakangan ini.

Saya tidak cuba mencadangkan agar diwujudkan kerajaan campuran. Tidak. Ianya tidak mungkin akan berlaku kerana dasar polisi dan ideologi yang berbeda-beda. Namun, kerjasama dari aspek kebajikan sosial dan masyarakat melalui penganjuran majlis-majlis sosial (bukan laman web sosial, Jose!) yang bercirikan kerakyatan dilakukan bersama.

Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat harus pandai berpolitik jika ingin mendapatkan bantuan dari Kerajaan Pusat. Kadangkala mereka harus beralah dengan karenah Kerajaan Pusat (jika ada!) dan mengiakan sahaja, demi untuk kepentingan rakyat di bawah naungan negeri masing-masing.

Sebagai contoh, saya terlihat seperti ada nada-nada positif yang dilaungkan oleh parti PAS di dalam ingin bekerjasama dengan parti Barisan Nasional, khususnya UMNO di dalam membincangkan isu-isu berkaitan Islam. Jika mereka (PAS) sanggup “menahan” kerenah PKR (yang menuntut keadilan dari aspek Pemimpin Umumnya sahaja!) dan DAP (tidak pasti samada ideologi chauvanisme masih ada dalam parti itu!) apalah salahnya jika mereka bekerjasama dengan UMNO dari aspek membincangkan perkara yang berbangkit?
Semuanya boleh dilakukan. Hanya mahu atau tidak sahaja.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...