Wednesday 17 February 2010

KEKAYAAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Di dalam hidup, tiada satu pun insan waras yang tidak mahu mendapat kesenangan.

Semuanya ingin hidup mewah, kerana bila hidup mewah mereka akan menjadi senang. Namun, dalam menuju kepada kemewahan kadangkala kita terpaksa melalui “sepak terajang” kehidupan. Jika kita berniaga, besiap sedialah untuk menikam dan ditikam. Namun tak kurang juga yang merasa iri hati melihat orang lain hidup dalam kemewahan.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan artikel menarik mengenai senarai jutawan dan “billionwan” di Malaysia. Saudagar gula, Tan Sri Robert Kuok masih lagi kekal sebagai “billion”wan di Malaysia. Saya jangkakan ianya tidak akan lama kerana selepas ini mungkin beliau hanya akan kekal sebagai seorang jutawan sahaja jika Malaysia mulai sedar tentang keburukan mengambil gula dan berhenti mengambilnya! (I’m joking, Jose!)

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari masih lagi kekal sebagai “billion”wan Bumiputera tunggal di dalam senarai top ten!

Apa yang menarik di sini ialah kemunculan anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani ke dalam senarai. Beliau pernah menceburkan diri sekejap di dalam politik apabila menjadi Bendahari UMNO Merbok namun kemudian mengundurkan diri di atas sebab-sebab tertentu. Beliau pernah jatuh dan tergelungsur semasa Pak Lah (apalah aktiviti beliau sekarang agaknya?) menjadi Perdana Menteri dan bangun semula.

Namun, ada juga pihak tertentu masih merasakan ianya tidak kena seperti yang ditulis di sini. Pihak itu barangkali terlupa bahawa mereka juga pernah berada di dalam kelompok itu. Tidak dapat tidak, pihak ini juga pernah menikmati hasil kekayaan DEB. Malah, saya amat mengerti kerana kebetulan kenalan saya (Well, it was my uncle I was referring to, for crying out loud!) pernah menikmati sedikit tempias-tempias tersebut semasa beliau menjadi “orang kanan” kepada pihak ini!

Bagi saya, soalnya bukanlah samada sistem DEB ini pincang atau tidak (saya tidak mengatakan ianya sempurna dan tidak pula mengatakan ianya tidak elok!) tetapi yang paling penting ialah ingin melihat ramai lagi peniaga dan usahawan Bumiputera lain turut “meloncat naik” ke atas top ten senarai tersebut. Jika kita mempunyai sekurang-kurang 4-5 orang “billion”wan di dalam senarai tersebut, saya yakin kita mungkin boleh menghapuskan sedikit demi sedikit DEB.

Soal mengkayakan puak-puak tertentu itu hanya bersifat subjektif. Namun affirmative action itu lebih penting dari membincangkan tentang puak itu kaya disebabkan dia berada di dalam parti tertentu. Bunyinya seakan “sore loser” atau “cry baby”.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...