Thursday 3 December 2009

SEMUT MATI KERANA GULA, MANUSIA MATI PUN KERANA GULA..?

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (yang nampak gayanya makin meningkat!)

Kadangkala, semasa hendak mengatasi sesuatu masalah kita terpaksa melakukan sesuatu di luar daripada jangkaan dan kebiasaan. Ini yang dipanggil berfikir di luar daripada kotak pemikiran.

Tetapi ada masanya, implikasi daripada pemikiran tersebut akan memberikan rantaian kesan sampingan. Kepada mereka yang mendapat 7 di dalam SPM bagi matapelajaran Bahasa Melayu (I was making a reference to myself, Jose!) dalam bahasa Inggerisnya ia dipanggil the chain reaction.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menarik kembali subsidi gula yang mana sebelum ini kerajaan telah mengawalnya hingga harga gula ialah sekilo ialah RM1.45. Ini mungkin akan menyaksikan harganya akan meningkat kepada RM2 – RM3 per kilogram.

Saya mempunyai pelbagai andaian mengenai perkara ini. Apakah tidak nanti akan berlaku kenaikan harga-harga makan di kedai? Kita sedia maklum dan terpaksa menerima hakikat bahawa restoran Mamaklah yang akan mendapat kesan yang mendadak, seandainya perkara ini dilaksanakan oleh kerajaan.

Saya masih ingat semasa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri itu bertindak menaikkan harga minyak sehingga mencecah RM2.70 per liter, harga sekeping roti canai telah naik sebanyak RM1! 

Walhal apakah kaitan harga minyak dengan sekeping roti?

Kerajaan mungkin mempunyai niat yang baik iaitu mengawal rakyat Malaysia daripada mengambil sejumlah gula yang banyak di dalam makanan mahupun minuman mereka. Akan tetapi, dengan cara menarik subsidi secara mendadak ianya akan membuatkan berlakunya chain reaction kepada masyarakat kita.

Saya berpendapat, kita harus memulakannya secara berperingkat. Antaranya, jadikan gula sebagai barangan kawalan dan setiap keluarga hanya dibenarkan membeli sepeket gula sahaja. Mungkin idea ini telah diutarakan berkali-kali oleh pihak tertentu tetapi cara ini harus dilaksanakan.

Dengan menaikkan harga gula, percayalah kes penyeludupan gula dari negara jiran akan meningkat. Walau apa tindakan yang hendak dilakukan pihak Kerajaan perlu memikirkan nasib penduduk luar bandar (terutamanya mereka yang berada di kawasan Pantai Timur kerana penduduk di sana memang menggunakan gula di dalam kuantiti yang cukup banyak!) dan golongan berpendapatan rendah.

Jika perlu, mereka boleh melaksanakan pemberian gula sebagaimana yang hendak dilakukan di dalam pemberian subsidi minyak (khabarnya, Kerajaan akan menggunakan Mykad!).

Seperkara lagi, golongan yang berpendapat tinggi dan sederhanalah yang paling ramai mengidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung disebabkan oleh faktor pemakanan masing-masing. Jadi, jika kerajaan ingin menarik terus subsidi gula, fikirkan dahulu tentang golongan berpendapatan rendah ini dahulu.

Mereka bukanlah terlalu mengambil gula di dalam kuantiti yang banyak, tetapi seandainya harga gula itu meningkat, mereka akan sedikit sebanyak terkena tempiasnya.

Bukankah slogan kerajaan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” menjadi pegangan dan panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak? Dahulukan golongan marhain ini.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu–  The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...