Tuesday 13 October 2009

PENYAMUN MEMANGGIL PENYAMUN...

Oleh - Hesmel Faznee Faisal
 
Salam kepada para blogger dan pembaca setia blog Bacalah..
 
Terdapat beberapa suara-suara daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa parti UMNO telah menghalalkan rasuah. Malah, terdapat juga ke peringkat di mana rakyat Malaysia segelintirnya telah menerima rasuah sebagai satu cara hidup! (baca sini). 
 
Tetapi bagi penulis, tidaklah sampai kepada peringkat mengatakan rakyat itu bodoh! (baca di sini )
 
Inilah ironi di dalam politik. Caci mencaci, cela mencela bukanlah sesuatu yang canggung (No, Jose. I did not borrow the word from M. Nasir! It was my own initiative) tetapi tidaklah dengan ini penulis ingin menghalalkan secara taktik kotor politik!
 
Rakyat tidak memilih Tan Sri Isa Samad, atas sifat beliau Tan Sri Isa Samad. Mereka memilih Tan Sri Isa Samad kerana beliau calon parti Barisan Nasional. Barisan Nasional, setakat ini telah menunjukkan sedikit perkembangan dari aspek kesungguhan melakukan perubahan. Dan bukan sekadar janji dan retorik seperti pihak tertentu tersebut. Mereka memilih beliau kerana mereka yakin kepada kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak. Ini merupakan satu endorsement kepada kepimpinan beliau.
 
Rakyat, walaupun bukannya semua telah kembali menyokong kepada Barisan Nasional (BN) kerana BN telah pulih sedikit walaupun tidak banyak daripada aspek kepimpinan yang lemah.
 
Mulai hari ini, 13 Oktober 2009 UMNO akan mengadakan persidangannya. Diharap akan ada perubahan yang akan menyusul kelak. Bukan sekadar perubahan kosmetik sahaja sebaliknya perubahan luaran dan dalaman.
 
Bagi penulis, Tan Sri Isa telah menerima hukumannya. Beliau telahpun disabitkan dengan kesalahan rasuahnya. Isu UMNO atau rakyat memilih perasuah sebagai calon mahupun pemimpin adalah satu non issue.
 
Jika  sebelum ini seorang bekas banduan, seorang yang telah disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara akan tetapi hukumannya yang lagi satu telah digugurkan atas faktor kesilapan teknik telah dilihat sebagai Prime Minister material dan diterima oleh segelintir rakyat, tidak pernah menjadi persoalan?
 
Mungkin pihak tertentu telah mengatakan bahawa BN, khususnya UMNO sudah tidak mempunyai calon lain untuk diletakkan bertanding di Bagan Pinang dan mengambil seorang bekas perasuah sebagai calon, bagaimana pula dengan puak yang tertentu ini dengan penuh harapan ingin melihat seorang bekas banduan sebagai Perdana Menteri, seandainya puak ini berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke13?
 
Penulis teringat akan satu pepatah atau mungkin ungkapan yang sering dikatakan oleh orang-orang dahulu kala.
 
"Apabila kita menuding jari ke orang, jangan lupa 3 jari kita akan menuding kepada kita semula"
 
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...