Thursday 3 September 2009

BUDAK HITAM YANG TAK AKAN BALIK...

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan satu-satunya pembaca setia blog syok sendiri ini.

Penulis sering teringat semasa kecil satu lagu yang agak terkenal. Antara baitnya adalah seperti berikut;

Sepuluh budak hitam, main-main kolam, satu jatuh kolam, tinggallah Sembilan..

Yang menariknya, budak hitam itu tak pergi ke mana-mana pun, sebaliknya mereka menuju ke Malaysia. Pelik bukan?

Penulis ingin menarik perhatian mereka yang sudi membaca blog syok sendiri ini. Menurut Duta Senegal ke Malaysia, TYT Abdul Kader Pierre Fall (Jose, don’t get yourself too excited, he’s not related to that actor, ok!) punca globalisasi telah memungkinkan ramai penduduk dari Afrika ini datang mencuba nasib di Malaysia.

Dengan kebolehan di dalam bidang masing-masing, mereka datang ke Malaysia mencuba nasib, baik secara halal mahupun haram!

Kepada mereka yang mencuba mencari rezeki secara halal, selamat datang. Kepada yang datang ke Malaysia melakukan perkara haram, haram jadah betul!

Penulis melihat perkara ini sebagai satu perkembangan positif. Pertama, kerana ia membuka peluang kepada Malaysia untuk menembusi lagi pasaran di rantau Afrika. Ini dapat dicapai menerusi peluang kerjasama antara Afrika dan Malaysia dan sebaliknya.

Kedua ianya turut memberikan satu ruang lingkup (There I go again Jose! Back in the typical Government servant writing!) kepada masyarakat untuk bekerjasama dengan mereka (kaum berkulit hitam) ini. Ada di antara mereka dikenali sebagai kuat bekerja dan tahan lasak. Ini boleh menjadikan mereka sebagai satu alternatif kepada pekerja Indonesia yang dilihat semakin ramai jumlahnya dari rakyat Malaysia, di Malaysia ini sendiri!

Walau bagaimanapun, dari aspek sosial kehadiran “budak” hitam ini memberikan satu implikasi yang kurang baik kepada penduduk tempatan. Tidak lama dahulu, terdapat sedikit kekecohan di sebuah tempat di Kuala Lumpur dan ianya berpunca daripada salah faham antara “budak” hitam ini dengan penduduk tempatan.

Seperti yang ketahui, “budak” hitam ini sememangnya kasar dan agak agresif. Tidak hairanlah jika dilihat pada aspek sejarah Rasullulah telah berjaya mendidik Bilal, seorang lelaki agresif berketurunan Badwi (Jose, he’s not related to that Badawi mind you!) dan berkulit hitam menjadi seorang Muslim yang patuh kepada ajaran Islam.

Bilal juga dikenali sebagai seorang yang mempunyai suara yang sedap dan sering menjadi bilal bila tiba waktu Azan. Jika kena pada didikannya “budak” hitam ini boleh menjadi orang yang baik.

Berbalik kepada kebanjiran “budak” hitam ini di Malaysia. Ia mampu memberikan satu impak yang menarik, terutamanya kepada generasi moden 2020.

Penulis sendiri mempunyai seorang rakan Cina yang mana dianya telah berkahwin dengan seorang lelaki Afrika. Hasilnya, anak mereka kelihatan seperti orang Melayu, kecuali rambutnya berketak-ketak!

Secara ringkasnya, kita harus melihat dari aspek manakah kebanjiran penduduk warga asing ini memberikan impak kepada negara. Ini penting kerana penulis yakin dalam beberapa tahun akan datang budaya dan kebudayaan Malaysia ini mungkin akan pupus. Bukan sahaja kerana kemunculan “budak” hitam ini, sebaliknya kemunculan ramai lagi warga asing yang berjaya mengasimilisasikan budaya mereka di Malaysia.

Sebagai contoh, beberapa orang rakyat Indonesia telah melakukan bantahan di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia disebabkan oleh lagu Negaraku yang menurut mereka berasal dari tempat mereka. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa isu berhubung dengan kebudayaan kita yang kelihatan sedikit sama dengan Indonesia.

Hakikatnya, pada tahun 2020 kelak Malaysia yang seperti kita ketahui sekarang akan pupus sama sekali. Baik dari segi rakyatnya mahupun budayanya yang sekarang hanya tinggal sisa-sisa dan tidak lebih kepada “sentimental value” sahaja.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...