Saturday 5 September 2009

ANTARA GAJI RM800 SEORANG AMAH DAN PENUNTUT UNIVERSITI

Sejak kebelakangan ini, jiran sebelah (No, Jose! I’m not referring to that annoying little Island!) Malaysia sering menimbulkan Masalah buat penduduk Malaysia ini.

Sebelum ini, kecoh isu lagu kebangsaan kita yang telah dituduh sebagai menciplak lagu yang berasal dari negara mereka. Kemudian, timbul pula isu kebudayaan kita ini yang menurut mereka adalah berasal dari negara mereka.

Secara hakikatnya, tiada satu pun budaya yang boleh dikatakan asli. Jika dilihat pada sejarah, kesemua budaya ini sebenarnya berasal daripada ritual sesuatu kaum, yang mana lama kelamaan ianya telah diperhalusi dan terus menjadi satu budaya amalan, baik dalam bentuk kebudayaan mahupun keagamaan.

Terbaru, mereka (The Indonesians, mind you!) telah menuntut supaya gaji minimum pembantu rumah dari Indonesia ini dinaikkan kepada RM800 sebulan!

Selain daripada itu, mereka juga menuntut supaya pekerja tersebut diberikan keistimewaan untuk memegang passport sendiri (Jose, this is like giving away your faith to another religion, if you know what I mean?)

Penulis terfikir pula, selepas ini apa ya? Berikan hak keistimewaan untuk menjadi rakyat Malaysia? Atau mungkin berikan geran tanah dan juga menuntut supaya amah-amah ini diberikan taraf kerakyatan bagi mereka yang bekerja lebih dari 5 tahun di sini?

Setakat yang penulis ingat dan maklum, gaji seorang pekerja di restoran segera seperti Mc’Donalds adalah sekitar RM700 – RM 900 sebulan. Nampaknya, kepada semua graduan yang baru menamatkan pengajian, mungkin boleh lupakan hasrat untuk bekerja di restoran segera. Sebaliknya boleh mencuba karier baru sebagai pembantu rumah.

Mengapa tidak? Gaji yang ditawarkan hamper sama dengan pembantu rumah (According to the demands made by the Indonesian government, Jose!)

Penulis tidak berapa setuju dengan cadangan yang diutarakan. Banyak implikasi yang akan berlaku, ini termasuk dari aspek ekonomi dan juga realiti taraf hidup masyarakat Malaysia secara rata. Seperti yang kita sedia maklum, mempunyai amah sekarang bukanlah dilihat sebagai satu lambang atau status kemewahan.

Sebaliknya ianya satu keperluan bagi mengimbangkan keadaan kehidupan yang sekarang ini semakin sibuk dan mencabar. Ada di antara keluarga yang mempunyai amah terpaksa melakukan kerja lebih daripada dua semata-mata kerana hendak menampung kos kehidupan yang tinggi. Maka disebabkan itulah mereka terpaksa menggunakan khidmat amah tersebut.

Kerajaan Indonesia juga berani untuk mengugut menghentikan penghantaran amah-amah ini ke Malaysia seandainya tuntutan menaikkan gaji kepada RM800 sebulan tidak dipenuhi.

Jika benar mereka ingin melakukan sedemikian, lakukanlah!

Kita sekarang mempunyai ramai tenaga pekerja professional (Jose, I’m referring to the unemployed graduates whose numbers have increased tremendously!) yang mampu memenuhi keperluan tersebut. Dengan syarat kerajaan meluluskan akta yang menetapkan bahawa syarat tersebut hanya diterima pakai untuk penduduk rakyat Malaysia sahaja!

Jika kita boleh menerima seorang pemegang ijazah PhD menjadi pemandu teksi , apalah sangat seorang siswi graduan university menjadi pembantu rumah?

Ada banyak advantages atau kelebihan, seandainya mereka ini bekerja sebagai pembantu rumah. Pertama, mereka boleh juga mengutip pengalaman sebagai permulaan hidup. Kedua mereka juga boleh mendidik anak-anak yang dipelihara.

Selain daripada itu, dengan pengalaman yang sedia ada mereka boleh membuka daycare atau rumah mengasuh anak-anak secara profesional. Soal bajet ataupun modal, bukankah kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan bertujuan untuk membantu rakyat terutamanya graduan penganggur untuk memulakan perniagaan?

Setidak-tidaknya, jika ada banyak daycare profesional ini kita tidaklah lagi perlu bergantung kepada amah-amah Indonesia yang ada di antara mereka datang ke sini sekadar menghabiskan boreh sahaja. Ada yang datang bukan untuk mencari rezeki tetapi lebih daripada itu.

Kepada kerajaan Indonesia, simpan sahajalah tuntutan itu! Kami, rakyat Malaysia pun boleh lakukan tugas yang sebelum ini dilakukan oleh amah-amah Indonesia. Hanya kesungguhan dan visi sahaja yang memungkinkan ia dilakukan.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

2 comments:

Anonymous said...

Take it or leave it. Takleh bayar, takyah ambik maid. Cuci tandas sendiri, basuh sendiri berak anak, masak sendiri. Kalo tak larat buat, quit keja la. Spend more time with your kids at home.

Nak ambik Filipinos? Bayar RM 1100. Nak ambik Cambodian? Their govt is not stupid, sure they will ask some minimum salary.

amiey lee said...

hi terlintas utuk mengoment...heee for me...bukan alasan tak mampu bayar....mcm ni la...

just do mcm yang saya buat....anak2 hanta daycare, taska, atau cari makcik2 yang boleh jaga anak..then umah minta orang dtg cuci dua minggu skali(cleaner indo ni ramai yang wat part time tau..saya ada sorang namanya kak suria..dia keje cleaner kat mall and cuti sehari seminggu..ari cti tu dia cari rumah2 orang yang nak di bersihkan..bayar ikut sekali cuci..memang bagus..dia cuci umah saya and mertua...) pastu masak memasak apala salahnya kita ni amik tugas tu..biala family kita ni mkn hasil dri tgn kita..pastu bbaju pun pakai mesin basuh kan...hehehehe apa susah...

yang penting laki bini kena sama2 urun padang

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...