KEPERCAYAAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

Keluhuran Perlembagaan,

Kedaulatan Undang-Undang,

Kesopanan dan Kesusilaan.


Berdasarkan kepada Rukunegara di atas, penulis yakin di antara 25 juta rakyat Malaysia, hanya 45% yang benar-benar memahami konteks rukunegara, 50% menghafal rukunegara dan 5% tidak mampu menghafal keseluruhan rukunegara tersebut!


Menakutkan!


Namun, apa yang menarik perhatian penulis ialah bait pertama Rukunegara. Kepercayaan kepada Tuhan.


Kepercayaan ini merangkumi bukan sahaja kepada Tuhan, tetapi kepada kehidupan, alam sekitar dan takdir. Maka ianya akan menjadikan hidup ini semakin bererti. Hidup tanpa kepercayaan, bagaikan kehidupan tanpa keadaan.


Maafkan penulis, seandainya penulisan kali ini berbentuk puitis (konon!). Ada masanya ianya lebih kepada bait-bait "syok sendiri"!


Berapa ramaikah yang menyedari atau tahu bahawa Rukunegara Malaysia ini mempunyai kaitan rapat atau kebetulan, sama dengan rukun Panca Susila Indonesia? Penulis tidaklah mengatakan ianya 100% tepat, tetapi semangatnya tetap jelas kelihatan di antara keduanya. Pancasila mempunyai 5 asas dan antaranya ialah seperti berikut;


a) Kepercayaan kepada satu Tuhan dan hanya Dia.

b) Keadilan dan Kemanusiaan yang bertamadun.

c) Indonesia yang bersatu.

d) Kepercayaan demokrasi yang dipandu oleh persetujuan yang dicapai secara pertimbangan antara wakil masing-masing.

e) Keadilan sosial buat semua rakyat Indonesia.


Jika dilihat asas utama bagi kedua-dua rukunegara masing-masing, ia tetap berpegang teguh kepada prinsip kepercayaan. Maka disebabkan itulah, kita perlu merenung kembali, sejauh manakah kita mempercayai diri kita? Ini penting supaya kita mampu untuk mengharungi cabaran mendatang.


Kebelakangan ini kita mendengar pelbagai cerita mengenai konspirasi itu dan ini. Orang itu dibunuh orang ini, orang ini membunuh diri demi melindungi orang itu. Namun, sejauh manakah kita mempercayainya? Keyakinan kepada kebenaran akan menjawab segalanya dan bukanlah nafsu nafsi yang menjawab kebenaran tersebut.


Baru-baru ini beberapa kumpulan telah mengadakan perarakan atas nama menidakkan kebenaran (penulis tidak mahu menerangkan secara terperinci kerana rasanya blog-blog lain telah menceritakan segalanya). Ramai orang menjadi mangsa. Ramai yang terjejas.


Kerana ingin mencari kebenaran, kebenaran tentang perlunya orang lain meneruskan kehidupan dinafikan. Kebenaran tentang perlunya si pencari rezeki mencari rezeki halal dinafikan. Ini semuanya atas nama menuntut keadilan dan kebenaran.


Disebabkan itulah penulis ingin mempersoalkan tentang kepercayaan. Apakah kita percaya kita berada di pihak yang benar, atau mungkin kita percaya kita ini di pihak yang benar, namun sebaliknya kita telah terpesong jauh dari kebenaran tersebut?


Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF