Thursday 2 July 2009

KEHIDUPAN PUITIS SEORANG "LAYMAN"

Salam, kepada para bloggers dan peminat setia blog "syok sendiri" ini.

Minggu ini merupakan minggu "produktif" penulis.

Masakan tidak, dalam tempoh minggu ini sahaja, 3 penulisan telah berjaya dihasilkan untuk blog "syok sendiri" ini.

Penulis terkagum dengan diri sendiri. Walau bagaimanapun, kandungan penulisan yang terdapat di dalam blog ini, janganlah dipersoalkan. Ini kerana penulis bukanlah seorang penulis yang bersifat retorik mahupun suka menggunakan ayat-ayat "bombastik". Penulis menulis berdasarkan pemerhatian dan menafsirkan pemerhatian itu berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan penulis yang sangat cetek ini. Ramai orang mungkin mempersoalkan kelayakan penulis untuk melakukan perkara-perkara ini. Bukankah kita ini semua "pemerhati yang diperhatikan"?

Penulis suka mentertawakan diri sendiri (Jose, there is a difference between laughing at yourself and laughing alone!). Penulis suka mengkritik diri sendiri. Bercakap mengenai mengkritik diri sendiri, tidak semua orang mampu melakukannya, dan penulis tidaklah mahu menepuk dada sendiri dan bercakap penulis berani mengkritik diri sendiri. Tidak.

Cuma, jarang sekali orang melakukan "autopsi" ke atas diri sendiri. Gila? Tidak.

Autopsi di sini bermaksud meneroka diri sendiri dan merenung kembali kelebihan mahupun kekurangan diri sendiri. Apakah dianya itu telah lengkap untuk menjadi seorang insan, atau masih mencari maksud insani.

Kesilapan diri sendiri itu, kadangkala tidak mampu dikesan melainkan orang lain yang memberitahu kita. Secara sedar atau tidak, ianya satu perkara yang berlaku secara refleks. Manusia suka mencari kesalahan orang lain. Titik noktah.

Tetapi tidak ramai yang mahu melihat diri sendiri dan memberitahu dirinya, bahawa ini yang sepatutnya tidak dilakukan. Penulis tidak berniat untuk menulis dalam format yang mungkin berbunyi puitis tetapi hakikatnya manusia ini, setiap daripada mereka dilahirkan untuk berpuitis. Puitis itu selalu dikaitkan dengan romantitisme.

Setiap manusia dilahirkan dengan cerita dan penceritaan mereka sendiri. Tidak ada orang yang mempunyai kisah dan pengkisahan yang sama. Jikalau ada pun mungkin takdir itu sama, tetapi plotnya berbeza-beza.

Maka itulah yang menjadikan manusia itu dilahirkan berpuitis. Kehidupan mereka itu cukup berpuitis.

Hanya mereka sahaja yang tidak tahu..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.

1 comment:

IES Agencies said...

please come over to my blog and watch my video report on Anwar's sodomy trial

dari 5,000 yang diharapkan... 150 aje yang datang bersorak

http://marahku.blogspot.com/2009/07/anwars-sodomy-trial-starts-today.html

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...