Sunday 14 June 2009

PERPADUAN..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca setia blog ini (Anda tahu siapa anda...)

Sekarang, ramai orang memperkatakan tentang uniti. Atau dengan perkataan lain, perpaduan. Jikalau Perdana Menteri Malaysia ke-3, Allahyarham Tun Hussien Onn masih hidup (Jose, he was famously known as the Father of Unity!) beliau barangkali akan tertawa kecil atau mungkin tertawa terbahak-bahak dengan perkara ini!

Masakan tidak, selepas hampir 28 tahun beliau meletakkan jawatan, masih ada lagi orang memperkatakan dan berbincang tentang perpaduan. Walhal isu itu bukanlah satu isu yang baru malah ianya dianggap sebagai isu lapok!

Bukanlah niat penulis untuk menidakkan tentang perlunya kita mempunyai perpaduan sesama kita tetapi yang menjadi persoalan ialah mengapakah sekarang ianya menjadi satu isu? (It is a non issue issue, Jose! Get what I mean?)

Jika dilihat pada sejarah, perpaduan di antara sesama kita tidak pernah menjadi permasalahan. Baik ketika senang mahupun susah (Jose, penulis merujuk pada tahun-tahun 1960an - 1990an). Sebelum itu, ingin dinyatakan di sini ialah penulis ingin memperkatakan tentang perpaduan daripada aspek politik dan bangsa.

Kebelakangan ini, kita mendengar suara-suara mengenai perpaduan. Ada yang memperkatakan tentang perpaduan sesama parti dan macam-macam lagi. Namun, persoalannya jika kita ingin mengadakan kerjasama mahupun perpaduan sesama kita, haruslah diingat bahawa setiap syarat dan matlamat itu mestilah menjurus kepada satu fokus iaitu mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan.

Bukanlah kerana hendak memenuhi aspirasi mahupun inspirasi (Oh my God! I sounded more or less like a typical Government servant!!) sendiri tetapi demi mencari titik tolak kesamaan yang membawa kepada kebaikan semua pihak.

Oleh yang demikian, kita hendaklah melihat kembali. Atas tujuan apakah perpaduan ini hendak dilaksanakan. Apakah untuk kepentingan politik, atau untuk agama, bangsa dan negara?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...