CHIN PENG, SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA.. KAMI "MENANTIMU"

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan satu-satunya pembaca setia blog syok sendiri ini.

Sejak kebelakangan ini, penulis terbaca, terdengar dan melihat begitu banyak sekali isu-isu panas yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Ada yang berbunyi hasutan, ada juga yang berbentuk tuduhan dan tidak kurang juga yang bersifat fitnah yang menakutkan! Semuanya ini menjurus kepada satu persoalan utama, iaitu menuntut kepada perkara yang dituntut.

Pokok pangkalnya, sejak kebelakangan ini terlalu banyak pihak menuntut supaya perkara ini segala dilakukan oleh pihak tertentu. Hinggakan ada yang menuduh si penyangak sebagai jaguh dan pewira itu sebagai musuh.

Namun, yang paling utama sekali ialah kita perlu mengkaji sejarah, perlulah kita melihat kembali sejarah yang telah dicatit dan termaktub di dalam pengkisahan hidup.

Seandainya kita lupa akan sejarah, bererti kita akan alpa kepada asal usul kita. Itu tidak boleh dinafikan sama sekali!

Seperti tuntutan oleh orang tertentu supaya Chin Peng dibenarkan pulang kembali ke tanahair atas dasar kemanusiaan, perlulah juga kita bertanya kembali, perlukah dia dikembalikan?

Penulis melihat sebegini; benarkan sahaja dia pulang ke tanahair. Biarkan dia menghabiskan nafas terakhirnya di Malaysia. Tetapi, bukan sebagai seorang warga yang bebas.

Sebaliknya dia perlu diadili dan dijatuhkan hukuman di Malaysia, sesuai dengan semua kesalahan yang telah dilakukan selama dia menjadi "kepala" kepada sebuah parti komunis yang mengganas di Malaya (pada masa itu).

Janganlah kita terlalu beremosi dengan menceritakan di dalam akhbar kekejaman komunis dan sebagainya. Ianya menampakkan kita sebagai rakyat dan warga tanahair yang tidak matang.

Ianya tidak akan merubah apa-apa.

Sebaliknya, dengan cara membenarkan Chin Peng kembali ke tanahair dan mengadilinya di mahkamah hanya akan melengkapkan segala putaran dan kitaran hidup.

Seandainya dianya mati di Bangkok (tempat dia menetap sekarang) ia akan memberikan beberapa implikasi.

Pertama, dianya menang di dalam kalah. Sebab? Ia akan menunjukkan bahawa Chin Peng menjadi mangsa emosi kepada rakyat dan pemimpin Malaysia yang tidak menggunakan akal dan logik.

Apa yang menjadi persoalan dan pokok pangkalnya ialah setiap perbuatan harus dibalas. Baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Benarkan Chin Peng pulang. Kemudian, adililah dia di mahkamah. Bukannya sedikit kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia.

Hukuman yang selayaknya ialah hukuman gantung sampai mati!!

Apakah itu tidak mencukupi? Adakah dengan menidakkan hak kepada dia untuk pulang itu bererti juga membenarkan dia "hidup" di dalam kebencian masing-masing?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection


Ulasan

Dr.Sid berkata…
first time visiting this blog. assalamualaikum. my link.

http://writtenbyhim.wordpress.com/
The Eugenist berkata…
Dear Dr Sid..

Wassalam....Thank you for dropping by.

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF