Saturday 30 May 2009

KESUSAHAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Kesukaran adalah nanah,
Di dalam darah kehidupan yang mengalir kencang,
Ke jantung hidup yang berdegup dan terancang,
Mengikut rentak dan nafas yang dilepaskan,
Satu persatu,

Kita inilah,
Yang terlalai dan ternanar,
Dari mencari pencarian,
Dalam kesesatan ini,
Kita masih sempat singgah,
Di desa kekeliruan,

Apa yang menjadi satu rantaian khabar cerita,
Dan di sinilah ianya terputus terlerai,
Memisahkan satu pengkisahan dengan yang lain,

BERSYUKURLAH....

Open Universiti Malaysia
30 May 2009 (tarikh yang menggenapkan 6 tahun dalam zaman gelap)

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...